Jose Mourinho Menjelaskan Mengenai Hubungannya Dengan Paul Pogba dan Anthony Martial!




Jose Mourinho menegaskan bahawa dia masih mempunyai hubungan yang baik dengan Paul Pogba dan Anthony Martial walaupun laporan mengenai perselisihan antara pengurus Manchester United itu dan pemainnya. 
Pogba dikaitkan dengan perpindahan yang mengejutkan ke Barcelona selepas mengalami sedikit perselisihan dengan Mourinho tentang taktikal pasukan mereka pada musim lalu, sementara dia juga terkesan dengan komen pengurus tersebut tentang persembahannya di Piala Dunia.
Sementara itu, Martial telah dikritik oleh Mourinho kerana tidak kembali ke Amerika Syarikat untuk jelajah pra-musim kelab tersebut selepas kelahiran anak keduanya.
Tetapi Mourinho menegaskan bahawa dia mempunyai kem yang gembira, dan memberitahu pemberita: "Saya mempunyai pemain saya. Saya suka pemain saya. Saya suka bekerja dengan pemain saya. 
"Satu penipuan yang diulangi 1,000 kali masih akan kekal sebagai penipuan. Tetapi persepsi orang ramai menganggap ia adalah benar, tetapi ia masih tidak benar. Oleh itu, apabila anda mengulangi 1,000 kali mengatakan hubungan saya dan pemain saya tidak baik, itu adalah satu pembohongan.
"Tetapi sekali lagi persepsi orang-orang yang membaca adalah berbeza. Tetapi saya suka pemain saya. Saya suka pasukan saya."
Untuk Pogba secara khusus, beliau meneruskan: "Dia tiba pada hari Isnin, gembira, teruja, dengan keinginan untuk berlatih. Dia berlatih dengan baik pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.
"Dia salah seorang pemain yang perlu saya berkomunikasi dengannya untuk melihat bagaimana perasaannya secara fizikal dan mental. Ia adalah perbualan yang sama antara saya dengan Young, Fellaini, Lingard untuk mengetahui bagaimana perasaan mereka untuk cuba memberikan bantuan kepada kami. 
"Jika mereka rasa mereka boleh membantu kami [melawan Leicester pada hari Jumaat ini], jika ianya hanya untuk 20 minit, 10 minit, setengah jam. Kami tidak mempunyai banyak pilihan dan kami mahu berjuang dengan segala yang kami ada. 
"Cara saya melihat Paul adalah baik, sangat baik, tetapi kita memerlukan berbincangan dengan kumpulan kecil itu untuk melihat apakah mereka boleh memberi bantuan. Ia adalah perlawanan yang penting untuk esok. Setiap perkara adalah penting. Kami perlu mencuba yang terbaik dengan setiap pemain."