Solanke, Woodburn, dan Kent Terus Menunjukkan Prestasi Yang Mengagumkan





Pemain berusia 19 tahun itu menambah gol dan membantu satu lagi gol dengan namanya ketika dia semakin menunjukkan dia sudah "bersedia untuk bola sepak dewasa," yang tidak dapat diperolehi semasa di Chelsea.

Jurgen Klopp sudah menjelaskan situasi dengan lebih awal. Dominic Solanke telah memberi impak yang besar dalam penampilan pertamanya sejak berpindah dari Chelsea ke Liverpool dalam kemenangan 4-0 di Tranmere Rovers dan pengurus itu menjelaskan jika dia "membawa sedikit tergesa-gesa dengan perkembangannya, namun segalanya baik."

Semasa lawatan di Prenton Park - persahabatan pra-musim pembukaan kelab - di mana pemain tersebut yang datang pada perpindahan musim panas telah menunjukkan "tanda-tanda yang baik" dengan mencipta gol ketiga perlawanan hanyalah satu contoh kecil dari kebolehannya.

Sepanjang persiapan untuk musim baru, pemain berusia 19 tahun itu terus memaksimumkan penampilannya dan membuktikan bahawa dia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri untuk bola sepak Liverpool yang agresif, tetapi juga tahu bagaimana untuk memastikan mereka boleh menjadi lebih dominan.

Menentang Crystal Palace di Piala Asia, Solanke telah menerima satu 'flick' dari Divock Origi, mengambil bola dengan satu sentuhan yang menarik, dan melakukan rembatan rendah jauh ke sudut tiang gol.

Kemudian semasa di Olympiastadion, pergerakannya mengundang kepada hantaran 'klip' yang cantik daripada Adam Lallana, yang kemudiannya disudahi dengan satu tandukan melepasi penjaga gol Hertha Berlin, Rune Jarstein.

Untuk kemenangan kedua Liverpool dalam kemenangan 3-0 itu, Solanke juga telah melakukan tekanan kepada Fabian Lustenberger, memenangi bola dengan baik dan memberikannya kepada  Sadio Mane, yang kemudiannya menghantar kepada Wijnaldum untuk gol kedua perlawanan tersebut.

Dan ketika The Reds beraksi untuk perlawanan pra-musim terakhir mereka di Stadium Aviva Dublin melawan Athletic Bilbao, pemain muda itu terlibat dalam dua gol(satu hasil jaringanya sendiri, dan satu untuk gol Ben Woodburn) yang membawa kepada keputusan kemenangan dengan jaringan 3-1.

Pemenang Piala Dunia Bawah 20 itu tidak mensia-siakan kesempatannya untuk menunjukkan mengapa Liverpool merasakan menandatanganinya adalah satu keuntungan, dan sebaliknya, keputusan meninggalkan Stamford Bridge selepas menolak tawaran kontrak baru adalah kerugian buat Chelsea. Liverpool perlu membayar sedikit wang kepada Chelsea untuk mendapatkan Solanke, tetapi berdasarkan bakat yang ditunjukkan, ia jauh lebih berbaloi. 

Sementara itu Woodburn, yang memperlihatkan aksi yang indah dengan satu penamat yang hebat dengan kakinya yang lemah(kiri), juga merupakan pemain muda yang mengagumkan untuk Liverpool sama seperti Ryan Kent.

Pada awalnya, Klopp berkata: "Ia menjadi pra-musim yang sukar untuknya, dia masih hanya 17 tahun, hanya akan bertukar menjadi 18 pada bulan Oktober ini, jadi kami berusaha untuk mengekalkannya sebanyak mungkin kerana kami perlu memperlakukannya seperti budak lelaki 17 tahun.

"Dia melakukannya dengan baik dan semua orang dapat melihat kebolehannya, tetapi dia mengalami sedikit kesukaran pada awal perlawanan[hari ini], dia mengubah permainan dengan gol menarik dan ia berada di dalam permainan serta bermain dengan sangat baik. Itulah bagaimana - pemain muda mempunyai naik dan turun. "

Dan untuk Kent, yang tidak mempunyai kekurangan berbanding pemain lain pada musim panas ini tetapi tetap mempunyai kebolehan yang luar biasa. Klopp menambah: "Saya telah mengenali dia selama satu tahun setengah dan tahun lalu ia menunjukkan peningkatan yang luar biasa dan pra-musim ini adalah berbeza sama sekali dengan pra-musim lepas, dia benar-benar menonjol sekarang. "