"United Akan Kembali Digeruni Sekiranya Mengalahkan Real Madrid Di Piala Super EUFA"-Nemanja Matic





Nemanja Matic memberitahu rakan sepasukan Manchester United bahawa mereka boleh menghantar amaran kepada kelab-kelab terbesar Eropah dengan mengalahkan Real Madrid pada perlawanan Piala Super UEFA.

United akan kembali ke Liga Juara-Juara musim depan selepas berjaya memenangi Liga Europa pada bulan Mei, tetapi pertama kalinya mereka perlu menghadapi juara Eropah Real Madrid di Macedonia pada hari Selasa - hanya dua minggu selepas pertembungan Piala Champions di California, yang dimenangi oleh Red Devils menerusi sepakan Penalti.

Dan Matic, yang membuat penampilan pertamanya dalam kemenangan 2-1 ke atas Sampdoria di Dublin pada Rabu selepas melengkapkan perpindannya dari Chelsea, mengatakan permainan itu adalah peluang untuk menunjukkan bahawa United sudah kembali.

Ketika ditanya adakah United boleh membuat pernyataan, Matic, yang dapat membuat penampilan kompetitifnya di Skopje, berkata: "Sudah pasti. Setiap permainan merupakan tentangan baru dan begitu juga dari pihak mereka.

"Ia adalah satu perlawanan besar apabila anda bermain menentang Real Madrid dan kami gembira dapat membandingkan kualiti kami dengan mereka. Seperti yang anda tahu mereka memenangi Liga Juara-Juara dan mereka menunjukkan mereka adalah salah satu kelab terbesar di dunia, jadi ia pastinya bakal menjadi permainan yang menarik untuk kami, sangat sukar tetapi kami akan bersedia. "

Sekiranya mengikut perancangan Jose Mourinho, dia ingin menggandingkan Matic dengan Paul Pogba di bahagian tengah ketika berada di Chelsea pada musim panas 2015.

Namun, dia akhirnya berjaya mendapatkan wang sebanyak £ 35 juta untuk membawa Matic ke Old Trafford.

Pemain antarabangsa Serbia itu hanya mempunyai dua hari latihan dan tempoh 45 minit perlawanan dengan Pogba, tetapi dia sudah teruja dengan apa yang boleh dilakukan pemain itu bersama.

Dia berkata: "Seperti yang anda ketahui, dia adalah pemain yang hebat, dia adalah pemain yang sangat penting untuk kelab ini dan dia masih muda serta dia masih boleh memperbaiki mutu permainannya dan dia akan menjadi penting bagi kami.

"Saya tidak boleh mengatakan apa rancangan kami kerana nanti setiap kelab akan tahu apa yang akan kami lakukan tetapi menjadi sebahagian daripada pasukan dengan Paul, saya sangat gembira bermain bersama dia, dan juga pemain yang lain. Apa yang boleh kita lakukan tetapi saya pasti dengan kerja keras kita boleh menjadi salah satu pasukan pilihan untuk mendapatkan kejuaraan itu.

"Manchester adalah kelab besar dan kejuaraan adalah sasarannya yang terbesar. Manchester perlu berada dalam kedudukan yang betul untuk sentiasa berjuang mendapatkan kejuaraan kerana Manchester dalam sejarah mereka, dengan semua gelaran yang mereka ada, saya fikir ia adalah semula jadi untuk mereka berjuang untuk Kejuaraan. "

Dengan masa depannya tidak menentu, Matic terpaksa berlatih bersendirian di Chelsea pada musim panas ini.

Separuh masa pertama menentang Sampdoria pada hari Rabu adalah aksi pertama bagi pramusim untuknya, walaupun begitu, ia tidak menghalang pemain berusia 29 tahun itu menarik perhatian 50,000 penyokong United di Stadium Aviva.

Setelah memenangi enam daripada tujuh perlawanan pramusim mereka, kempen United bermula dengan Piala Super UEFA dan kunjungan West Ham ke Old Trafford dalam Liga Perdana pada 13 Ogos.

Matic menambah: "Ia tidak sama apabila anda melakukan semua pramusim dengan pasukan, tetapi saya akan bersedia tidak lama lagi. Saya akan bekerja keras dalam beberapa hari akan datang jadi saya akan menjadi OK.

"Saya gembira untuk membuat penampilan pertama saya di depan penyokong kami dan terima kasih kepada rakan sepasukan saya, kepada kakitangan, dimana saya menyesuaikan diri dengan cepat kepada pasukan dan saya harap saya akan dapat membantu pasukan mencapai banyak perkara."