Bekas Penjaga Gawang Liverpool Ke Manchester City?





Naples, – Napoli telahpun menawarkan kontrak baru kepada Pepe Reina, namun Manchester City dan Newcastle dikhabarkan memiliki peluang untuk mendapatkan bekas penjaga gawang Liverpool itu.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu mempunyai hubungan yang dingin dengan presiden PartenopeiAurelio De Laurentiis. Walaupun begitu, harapan agar Reina dapat menandatangi kontrak baru bersama Napoli tetap diteruskan. 
Namun, media hari ini kecoh mengatakan bahawa Manchester City mahu mendapatkan pemain tersebut untuk dijadikan pesaing untuk menjadi penjaga gol utama kelab tersebut dengan penjaga gol muda yang baru ditandatangi oleh City, Ederson Moraes.
Kelab Liga Inggeris itu telah menawarkan sekitar 3 juta Euro(atau sekitar 2,6 juta Poundsterling) untuk mendapatkan pemain berusia 34 tahun itu, tetapi Napoli telah meletakkan harga sebanyak 5 juta Euro.
Newcastle juga telah mengatakan bahawa mereka bersedia dan akan memberikan Reina masa bermain dan penampilan yang konsisten sekiranya berpindah, tetapi kebarangkalian untuk Reina meneruskan kariernya di Napoli dan menandatangi kontrak baru adalah tinggi disebabkan hubungan yang baik bersama kelab dan Peminatnya.
Namun sekiranya dia berpindah, Leonardo Pavoletti boleh digunakan dalam usaha untuk mencuba dan mendapatkan Alex Meret dari Udinese.