Mark Lawrenson Menasihatkan Klopp UntukTerus Menambah Kualiti Pemain bertaraf Dunia Di Bangku Simpanan Untuk Terus Saingi Man City!




Liverpool tidak dijangka mempunyai musim panas yang sibuk di pasaran perpindahan musim panas ini selepas kejayaan menjulang trofi Liga Juara-juara mereka, tetapi Mark Lawrenson telah memilih dua bahagian yang perlu mereka perkuatkan lagi. 
The Reds menikmati kempen cemerlang yang menyaksikan mereka menjuarai pertandingan dengan hadiah terbesar dalam bola sepak Eropah dan terlepas kejuaraan Liga Perdana, dengan ketingglan hanya satu mata di belakang pemenang, Manchester City. 
Lawrenson, yang memenangi lima kejuaraan liga bersama Liverpool pada era 1980-an, tidak menjangkakan berlaku rombakan yang besar terhadap skuad The Reds sekarang, tetapi berpendapat penambahbaikan perlu dibuat. 
"Anda akan melihat Liverpool sekarang dan berfikir, 'Sudah tiba masanya untuk bermula lagi'. Tetapi jika anda berfikir ada lima atau enam pemain baru, saya tidak fikir seperti itu," kata Lawrenson kepada Mirror.
'Klopp mungkin memerlukan pertahanan kiri yang lain dengan ketiadaan Moreno, kerana jika Andy Robertson terpaksa keluar dua hingga tiga bulan, adakah anda akan gembira dengan James Milner berada di sana? 
"Di sinilah Liverpool perlu sedikit lebih dekat kepada Manchester City, yang hanya mempunyai pemain gantian bertaraf dunia hampir di semua posisi. 
"Jadi mungkin seorang pertahanan kiri muda dengan potensi yang banyak yang boleh dilatih Klopp dan seseorang yang anda harap tidak akan bermain untuk empat atau lima bulan pertama jika Robertson tetap cergas. 
"Mungkin juga pemain di posisi No.10. Mereka cuba mendapatkan Nabil Fekir, yang tidak berjaya disempurnakan akibat lututnya, tetapi pemain seperti itu merupakan penambahan yang baik."
Lawrenson benar tentang Reds akan kekurangan pilihan di posisi pertahanan kiri jika tidak ada pembelian dibuat, menyebabkan Robertson hanya mempunyai pilihan yang sedikit selepas Alberto Moreno pergi. 
Bekas pemain antarabangsa Republik Ireland itu juga merujuk kegagalan perpindahan untuk bintang Lyon, Fekir, yang hampir untuk menandatangani kontrak bersama Liverpool pada musim panas yang lalu, tetapi masalah lutut menyebabkannya terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir. 
Ia adalah mustahil untuk Klopp akan membuat perpindahan untuk pemain yang sama sekali lagi, tetapi apabila Fekir ditanya mengenai keadaan itu menerusi Telefoot, dia menjawab: "Liverpool? Ia adalah sebahagian daripada kerjaya pemain, tetapi ia akan menjadikan anda lebih kuat dan anda perlu bergerak ke hadapan. 
"Saya benar-benar tidak tahu apa yang akan saya lakukan [musim panas ini] tetapi seperti yang saya katakan, saya merasa gembira di Lyon, presiden mempercayai saya, itu adalah bagus. Anda akan melihat [jika saya melanjutkan kontrak saya]."