Atletico Madrid berkeinginan untuk mengaktifkan pembelian Alvaro Morata secara tetap pada musim panas ini, meskipun masih mempunyainya untuk tempoh 12 bulan secara pinjaman.
Bintang Sepanyol itu melalui masa sukar di Stamford Bridge, menyebabkan Chelsea bertindak menghantarnya keluar ke Atletico secara pinjaman pada bulan Januari yang lalu. Bagaimanapun, selepas kembali ke La Liga, Morata kembali menemui sentuhannya, membolehkan Atletico mungkin akan mempertimbangkan untuk mendapatkannya secara tetap.
Kemas kini terakhir mengenai masa depannya adalah melalui Marca, yang mengatakan bahawa Atletico telah meminta kebenaran Chelsea untuk mengaktifkan pembelian secara tetap, tetapi akan membuat bayaran € 55 juta pada musim panas akan datang sebaik sahaja tempoh pinjamannya tamat.
Itu membolehkan Los Rojiblancos untuk membelanjakan dana lebih banyak musim panas ini, dengan mereka dalam usaha untuk mencari pengganti bagi Antoine Griezmann dan Diego Godin.
Chelsea ketika ini sedang menanti keputusan mengenai rayuan terhadap hukuman dendaan perpindahan yang dikenakan ke atas mereka, walaupun begitu, difahamkan mereka tetap akan melepaskan Morata tidak kira apa hasil rayuan tersebut.
Semua yang terlibat percaya bahawa Morata perlu kekal di Atletico, melihat kepada impaknya tidak begitu besar sepanjang masanya di Chelsea. Penyerang itu sendiri tidak merahsiakan keinginannya untuk berpindah secara tetap, dan dia baru-baru ini bercakap kepada Goal tentang apa menjadi masalah buat dirinya di Stamford Bridge.
Dia berkata : "Saya tidak begitu rasa dihargai oleh kelab ataupun peminat. Saya bermula dengan baik di Chelsea, tetapi kecederaan akan membuatkan anda sedikit tersekat.
"Meskipun begitu, saya masih mampu menjaringkan 15 gol dan memenangi Piala FA... tetapi saya terlepas aksi Piala Dunia, dan pada saya itu adalah perkara paling sukar berlaku dalam hidup saya.
"Di Chelsea terdapat masa apabila rakan sepasukan anda, kecuali pemain Sepanyol... seperti yang anda tahu, ianya tidak sama apabila anda bermain dan anda tahu anda membuat hantaran kepada seseorang yang tidak akan melakukan hal yang sama. Anda tidak menerima hantaran dengan cara yang sama. Semua orang yang pernah bermain bola sepak akan faham.
"Dan pada akhirnya, ia adalah situasi yang anda tidak dapat kawal: ianya sama ada jadi positif atau negatif, atau cuba untuk berseronok atau berasa bimbang. Ianya tentang keyakinan yang orang lain ada tentang anda: rakan sepasukan anda, kelab... dan saya menemuinya di sini di Atletico."
Tiada ulasan
Catat Ulasan