Ole Gunnar Solskjaer menjanjikan pemilik Manchester United bahawa dia akan membawa kembali senyuman ke wajah para peminat, pemain dan kakitangan di kelab itu selepas dia dilantik sebagai pengurus sepenuh masa.
Pengurus berusia 46 tahun itu, yang menghabiskan masa selama 11 tahun sebagai pemain di Old Trafford, mengambil alih tugas dari Jose Mourinho sebagai pengurus sementara pada bulan Disember yang lalu dan memperoleh hasil yang luar biasa cukup untuk mendapatkan pekerjaan itu secara tetap.
United telah menunjukkan komitmen mereka kepada Solskjaer dengan menyerahkan kontrak tiga tahun dan harapn pengurus Norway itu telah memberikan lebih banyak sebab untuk mereka menjadi lebih ceria menjelang perlawanan penting di dalam negeri dan di Eropah.
The Red Devils berada di tangga keenam dalam carta liga dan ketinggalan 11 mata dari pasukan di kedudukan keempat ketika Solskjaer menggantikan Mourinho dan hanya tewas satu perlawanan sejak itu, meletakkan mereka ditangga kelima dan dibezakan hanya dua mata dari Arsenal.
Ketibaan Solskjaer memberi nafas baru selepas melalui tempoh yang sukar di bawah kendalian Jose Mourinho dan bekas pengurus Molde itu tidak mempunyai rancangan untuk mengubah sikap positif dan optimisnya.
"Hari saya berjalan keluar dari pintu, saya harap ia akan diikuti dengan senyuman di wajah saya, memberikan para peminat, kakitangan, pemain, kelab, masa yang baik," katanya pada sidang akhbar pembukaannya sebagai pengurus tetap United.
"Dan itu yang boleh saya lakukan, semua yang boleh saya janjikan - semua yang saya janjikan kepada pemilik kelab, kepada Ed [Woodward], kepada semua orang.
"Saya akan sentiasa menjadi diri saya, saya tidak akan berubah, saya akan tetap optimis dan positif dan kita akan melakukan semua ini bersama-sama.
United masih belum pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris sejak persaraan Sir Alex Ferguson pada tahun 2013 dan Solskjaer tahu penyokong menjangkakan kejayaan yang lebih cepat.
"Untuk menjulang trofi Liga Perdana sekali lagi adalah apa yang kami harapkan, apa yang kami usahakan, apa yang telah kami lakukan begitu banyak kali," tambahnya.
"Kita tidak boleh menunggu terlalu lama, tetapi kita perlu mengambil langkah demi langkah.
"Ia tidak akan berlaku sekelip mata untuk mengejar 18 mata di belakang pasukan teratas sekarang.
Solskjaer, yang mendakwa dia sudah kembali ke 'rumah' ketika dia menggantikan Mourinho pada penghujung tahun lalu, berharap pemilik United tetap percaya dalam projeknya.
"Inilah tugas yang selalu saya impikan dan saya sangat teruja untuk berpeluang memimpin kelab ini untuk jangka masa yang panjang," kata Solskjaer.
"Dari hari pertama saya tiba, saya merasa seperti di 'rumah' di kelab yang istimewa ini. Ia adalah penghormatan untuk menjadi pemain Manchester United, dan kemudian memulakan kerjaya sebagai jurulatih di sini.
"Beberapa bulan terakhir ini telah menjadi satu pengalaman yang hebat."
Tiada ulasan
Catat Ulasan