Hirving Lozano 'Mengimpikan' Bermain Untuk Manchester United Menurut Presiden Kelabnya!




Pemain sasaran Manchester United, Hirving Lozano 'mengimpikan' perpindahan ke Old Trafford, menurut presiden bekas kelabnya, Pachuca. 
Lozano, 23 tahun, telah menjadi begitu prolifik di hadapan gol sejak menyertai PSV Eindhoven dari Pachuca pada tahun 2017, berjaya menjaringkan 38 gol dalam 68 penampilan untuk pasukan Liga Eredivisie itu, dan prestasi pemain sayap itu telah menarik perhatian kelab-kelab besar Eropah. 
Laporan baru-baru ini mengatakan bahawa United telah memulakan perbincangan dengan ejen Lozano, Mino Raiola, berikutan perpindahan berpotensi pada musim panas ini dengan Ole Gunnar Solskjaer dilihat mahu meningkatkan pilihan di bahagian serangannya menjelang kempen 2019/20. 
Bintang Borussia Dortmund dan pemain muda England Jadon Sancho adalah sasaran utama Solskjaer dalam posisi ini tetapi Lozano masih kekal dalam radar United sebagai pilihan alternatif.
Lozano telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford dan presiden Pachuca Jesus Martinez mendakwa bahawa United menyedari tentang bakat Lozano sejak dia remaja lagi. 
"Apa yang saya boleh katakan dan beri jaminan adalah Hirving telah mempunyai skuad pemantau dari Manchester United sejak dia berusia 16 tahun," kata Martinez kepada ESPN Deportes. 
"Mereka mempunyai rekod keseluruhan tentang dirinya."
Martinez, yang mempunyai hubungan rapat dengan Lozano ketika di Pachuca, telah mendedahkan bahawa pemain antarabangsa Mexico itu sentiasa 'mengimpikan' untuk menyertai United. 
"Mereka mempunyai segalanya: video, gol, kelakuan, kelayakan. Mereka adalah salah satu kelab yang mempunyai pemantau terbaik dan profesional di kawasan itu," katanya. 
"Impian utama saya ialah melihat 'Chucky '[nama panggilan Lozano] berada di United dan Hector [Herrera] di Atletico Madrid. 
"Ia akan menjadi impian saya dan mereka."
Ejen Lozano, Raiola, telah berjaya membawa Romelu Lukaku, Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan ke Old Trafford dalam beberapa musim terakhir ini dan kerap berhubung dengan ketua eksekutif Ed Woodward. 
Dipercayai bahawa Napoli juga turut membuatkan tawaran untuk Lozano dengan Carlo Ancelotti turut meminati pemain yang bernilai £ 34 juta itu.