Kecederaan Pangkal Paha Lionel Messi Dijangka Tidak Menghalang Dia Terlepas Aksi Barcelona Menentang United!




Lionel Messi telah diketepikan dari perlawanan persahabatan Argentina menentang Morocco pada hari Selasa yang telah membimbang Barcelona sekiranya bintang Sensasi mereka itu juga akan terlepas beberapa permainan besar untuk mereka. 
Pemain berusia 31 tahun itu bermain penuh 90 minit dalam kekalahan mengejut Argentina 3-1 di tangan Venezuela pada hari Jumaat, tetapi selepas perlawanan itu dia dilaporkan telah mengalami kecederaan pangkal paha.
Kecederaan itu sudah cukup bagi Messi untuk terlepas aksi perlawanan persahabatan di Tanger di minggu depan, namun nampaknya masalah itu tidaklah terlalu serius. 
Menurut penerbitan Sepanyol Marca, Messi dijangka akan bersedia untuk perlawanan seterusnya bersama Barcelona, apabila mereka menerima kunjungan Espanyol pada 30 Mac nanti.
Barca berada di puncak puncak La Liga dengan kelebihan 10 mata, tetapi bakal melalui bulan April yang sibuk dengan mereka bakal menghadapi Atletico Madrid dalam saingan liga dan kemudian berhadapan dengan Manchester United dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara.
Messi dijangka tidak mungkin akan terlepas sebarang perlawanan akibat kecederaan semasa yang dialaminya. 
Barcelona membuat kenyataan menerusi laman web mereka sendiri, yang berbunyi: 'Lionel Messi tidak kembali ke aksi antarabangsa seperti yang dia mahukan, dan kecederaan yang dialaminya pada malam Jumaat bermaksud dia akan terlepas aksi perlawanan persahabatan Argentina menentang Morocco pada hari Selasa.'
Kapten Barcelona dan Argentina itu tidak dapat melakukan apa-apa untuk menghalang kekalahan negaranya kepada Venezuela, tetapi dia telah berada dalam prestasi yang menakjubkan untuk kelabnya akhir-akhir ini. 
Messi telah menjaringkan sembilan gol dalam enam perlawanan terakhir Barcelona, termasuk jaringan hat-trick menentang Sevilla dan Real Betis. 
United juga bimbang dengan prestasi cemerlangnya dalam saingan Liga Juara-Juara selepas Messi menjaringkan gol pada perlawanan akhir pertembungan di antara mereka pada tahun 2009 dan 2011.