Chris Sutton Nasihatkan Zinedine Zidane Untuk Lupakan Eden Hazard Dan Dapatkan Raheem Sterling!




Real Madrid harus melupakan Eden Hazard dan sebaliknya menandatangani Raheem Sterling, menurut Chris Sutton. 
Zinedine Zidane telah menjadikan bintang Chelsea itu sebagai sasaran utama dalam jendela perpindahan pertamanya sejak kembali ke Santiago Bernabeu tetapi Sutton percaya dia telah mensasarkan penyerang Liga Perdana Inggeris yang salah. 
Bekas penyerang Chelsea dan Aston Villa itu memuji Sterling sebagai pemain 'kelas dunia' selepas kemenangan 5-1 England kepada Montenegro, di mana bintang Manchester City itu mempamerkan persembahan yang mengagumkan malah turut menjaringkan gol di minit akhir perlawanan. 
Dan dia menasihatkan Real Madrid untuk membatalkan rancangan mereka untuk menandatangani pemain antarabangsa Belgium dan sebaliknya membuat tawaran rasmi untuk pemain berusia 24 tahun itu.
"Anda harus mengatakan bahawa Raheem Sterling kini merupakan pemain kelas dunia," kata Sutton kepada Daily Mail. 
"Jika anda adalah pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, pasti anda ingin membelinya berbanding Eden Hazard. Adakah terdapat apa-apa perkara yang Sterling tidak boleh lakukan? Kualiti hantarannya adalah hebat, pergerakannya dengan bola memukau dan dia telah menjadi begitu tajam di hadapan gol. 
"Siapa pemain pertahanan di dunia yang ingin menghadapi Sterling dalam prestasi seperti ini? Tidak kira jika anda berhadapan atau membelakanginya - dari semua arah dia akan memusnahkan anda.
"Dia masih berusia 24 tahun dan terus bertambah baik tahun demi tahun. Persembahannya yang cemerlang bersama England dalam dua perlawanan terakhir ini telah membuktikan bahawa dia dapat berkembang maju di pentas antarabangsa. 
"Sterling adalah salah satu harta terpanas di dunia bola sepak. Jika saya adalah Real Madrid, saya akan menjadikan dia sebagai sasaran No.1 saya. "