Samir Nasri berkata dia tidak sabar untuk pertembungan Liga Perdana di antara West Ham dengan bekas kelabnya Arsenal di Stadium London pada hujung minggu ini.
Bekas pemain antarabangsa Perancis itu menghabiskan tiga tahun di Arsenal sebelum menandatangani Manchester City, di mana dia memenangi dua kejuaraan Liga Perdana.
Pemain berusia 31 tahun itu meninggalkan England selama dua tahun tetapi telah menandatangani kontrak untuk bermain bersama The Hammers sehingga akhir musim ini selepas berlatih dengan kelab London itu.
Nasri boleh membuat debut Liga Perdana pertama beliau untuk West Ham menentang Arsenal pada hari Sabtu ini dan mengatakan bahawa dia menjangkakan suasana 'luar biasa' untuk permainan tersebut.
"Saya tidak sabar untuk perlawanan seterusnya, derby menentang Arsenal jadi saya pasti suasana akan menjadi sangat luar biasa, "Nasri memberitahu laman web rasmi West Ham.
"Kami sangat beruntung dan bertuah untuk dapat bermain setiap perlawanan dengan 60,000 orang penonton di stadium. Saya sangat teruja untuk melangkah keluar di Stadium London di hadapan para peminat.
"Sokongan para peminat sangat penting bagi kami jika kami ingin mencapai sesuatu tahun ini dan saya fikir kami berpotensi untuk melakukannya."
Nasri menyangka kerjaya profesionalnya sudah berakhir sebelum menandatangani kontrak jangka pendek bersama West Ham.
Beliau menambah: "Persaingan, bilik persalinan, dan untuk kembali ke atas padang, itulah yang saya tunggu selama setahun.
"Saya mempunyai beberapa detik yang sangat sukar ketika saya sangat-sangat terjatuh. Saya adalah seorang lelaki yang, secara mental, saya sangat kuat, tetapi mungkin untuk kali pertama dalam hidup saya, saya menangis tentang kerjaya saya kerana saya fikir ianya sudah berakhir.
"Tetapi kini, kembali ke liga yang paling kompetitif di dunia, dengan satu pasukan yang penuh dengan cita-cita bersama pengurus yang saya kenali, dan dengan stadium seperti ini. Ini adalah tugas terbaik di dunia!"
West Ham kini berada di kedudukan kesepuluh dalam carta Liga Perdana Inggeris manakala Arsenal di bawah Unai Emery di kedudukan kelima.
Tiada ulasan
Catat Ulasan