Wayne Rooney Percaya Virgil Van Dijk Telah Menjadikan Liverpool Pencabar Utama Kejuaraan Liga Perdana Inggeris!




Wayne Rooney percaya Virgil van Dijk telah menjadikan Liverpool sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris. 
Pasukan Jurgen Klopp itu kini mendahului empat mata di puncak liga selepas Manchester City tewas mengejut kepada Crystal Palace pada hari Sabtu. 
Sementara itu, Van Dijk telah menjadi tambahan luar biasa untuk bahagian pertahanan Liverpool setelah ketibaannya dengan nilai perpindahan sebanyak £ 75 juta dari Southampton tahun lalu. 
Dan Rooney merasakan kehadiran pemain Belanda itu di tengah-tengah pertahanan Liverpool bermakna mereka kini merupakan pencabar utama kepada City. 
"Pada pendapat saya, ia antara City dan Liverpool dan saya fikir Van Dijk adalah perbezaan besar kali ini dengan apa yang telah dilakukannya untuk Liverpool pada tahun-tahun sebelumnya," kata Rooney kepada BT Sport.
"Dia telah membawa ketenangan kepada rakan sepasukan di sekelilingnya, dan juga anda dapat melihat dia seorang ketua. 
"Jadi saya rasa dia perbezaan yang besar. 
"Tetapi Jurgen Klopp Saya fikir dia kelihatan seperti impian untuk bekerja bersamanya dan, seperti yang kita cakap tentang Manchester United, itulah ciri pengurus yang Man United perlu dapatkan, dengan gaya seperti itu dan dengan falsafah seperti itu."
Ditanya adakah dia mahu bermain di bawah Klopp, Rooney menjawab: "Tidak untuk Liverpool! 
"Dari luar, dia kelihatan seperti seorang pengurus yang semua pemain suka. 
"Sudah tentu peminat juga menyukainya. 
"Dia kelihatan seperti seorang pengurus yang anda mahu pergi dan bermain untuknya, anda mahu pergi dan menang untuk dia, kerana anda dapat melihat bahawa ianya sangat bermakna untuk dia."