Chelsea telah memulakan perbincangan untuk menandatangani pemain tengah Lyon Nabil Fekir, menurut laporan di Perancis.
Pemain berusia 25 tahun itu berada di ambang untuk menyertai Liverpool pada jendela perpindahan musim panas yang lalu selepas bayaran £ 53 juta telah dipersetujui bersama Lyon.
Fekir telah menyelesaikan pemeriksaaan kesihatan di pusat latihan Clairefontaine Perancis dan juga mengadakan temubual bersama pasukan media Liverpool.
Tetapi Liverpool akhirnya memilih untuk tidak meneruskan kesepakatan itu selepas timbul kebimbangan mengenai kecederaan pada lutut kanan pemain tengah tersebut.
Fekir memerlukan dua pembedahan dalam tempoh 12 bulan selepas mengalami kecederaan ligamen cruciate pada September 2015.
Menurut L'Equipe, Chelsea kini memimpin perlumbaan untuk menandatangani Fekir dan telah menugaskan Pini Zahavi, seorang ejen yang berpengalaman, untuk menyelesaikan perpindahan tersebut.
Dan Zahavi telah menghubungi wakil Fekir untuk menunjukkan minat Chelsea dan membincangkan kemungkinan berpindah ke Stamford Bridge pada musim panas yang akan datang.
Fekir hanya berbaki 18 bulan dalam kontrak semasanya bersama Lyon dan kelab Perancis itu mahu pemain tengah tersebut memutuskan sama ada dia mahu menandatangani kontrak yang baru.
Tiada ulasan
Catat Ulasan