Alberto Moreno meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengurus Jurgen Klopp selepas kehilangan tempatnya kepada Andy Robertson.
Moreno bermula sebagai pilihan utama pertahanan kiri buat Liverpool awal musim lalu, meskipun James Milner lebih digunakan di posisi itu pada musim sebelumnya, dan kemudian The Reds menandatangani Andy Robertson dari Hull City.
Bagaimanapun, kecederaan yang dialami oleh pemain Sepanyol itu telah membuka pintu buat Robertson dan dia tampil cemerlang. Sejak itu Robertson merupakan pertahanan kiri utama buat Liverpool dan peningkatan terus ditunjukkan musim ini apabila barisan pertahanan Liverpool hanya melepaskan 7 gol dalam 19 perlawanan liga.
Tetapi meskipun prestasi cemerlang yang ditunjukkan Robertson, Moreno merasakan dia sepatutnya diberikan lebih banyak peluang untuk memenangi semula tempatnya selepas kembali dari kecederaan.
"Saya tidak rasa(keputusan untuk kekal gunakan Robertson) berpuas hati, saya cedera kerana memberikan yang terbaik buat pasukan," kata Moreno.
"Saya tidak suka keputusan Jurgen Klopp kerana saya telah berlatih tetapi apabila saya kembali dia hanya mahukan Robertson.
"Hubungan saya dengan Klopp tidak berubah tetapi sejak alami kecederaan, saya tidak mempunyai perjumpaan bersama dia tetapi hubungan kami adalah normal.
"Saya tidak suka cara Klopp melayan saya tetapi saya faham situasinya yang dia tidak boleh menukar Robertson kerana pasukan sedang mendapatkan kemenangan.
Meskipun memberi kritikan itu, dia menegaskan persekitaran di kalangan skuad The Reds adalah sangat baik.
"Di bilik persalinan adalah sangat rapat, kami seperti sebuah keluarga," tambahnya.
Kontrak semasanya akan tamat pada akhir musim ini, dan dia sepertinya tidak akan menandatangani kontrak baru bersama Liverpool bermaksud dia bebas untuk menandatangani pra kontrak dengan mana-mana kelab lain Januari ini.
Moreno mendakwa dia telah ditawarkan kontrak baru tetapi dia masih belum menandatanganinya dengan dia mempertimbangkan masa depannya adalah lebih baik bersama kelab yang akan menawarkan dia permainan yang kerap, penampilan di kesebelasan utama seperti yang dia harapkan.
Dia menambah: "Liverpool telah menawarkan kontrak baru buat saya tetapi tiada sebarang persetujuan telah dicapai, pada Januari jendela perpindahan akan dibuka dan kita akan lihat. Sehingga hari ini tiada yang hampir dimeterai sama ada bersama Liverpool atau mana-mana kelab lain."
Tiada ulasan
Catat Ulasan