Giliran Suarez Memberi Ucapan Perpisahan Yang Ingin Didengar Peminat Barcelona





Selepas Lionel Messi, giliran Luis Suarez untuk membuat ucapan perpisahan secara terbuka buat rakan baik mereka Neymar apabila pemain kebangsaan Brazil itu semakin hampir menyertai PSG. 

Messi terlebih dahulu telah mengesahkan bahawa Neymar akan meninggalkan Barcelona pada petang rabu, apabila dia membuat menyampaikan ucapan selamat tinggal di media sosial kepada rakannya dengan ucapan perpisahan yang panjang. 

Kini, Luis Suarez, yang membentuk pasangan tria terbaik Eropah dengan gelaran MSN, turut berkongsi ucapan perpisahannya di Instagram kepada Neymar yang bakal menjadi bekas pemain Barcelona.  

"Sahabat saya, saya harapkan yang terbaik buat anda untuk segala-galanya!" Suarez menulis dengan diiringi tayangan slaid kenangan yang memaparkan aksi dua penyerang tersebut. 

"Terima kasih juga atas sokongan anda, untuk semua yang telah saya pelajari dari anda dan untuk saat-saat unik yang kami habiskan bersama !!!!

"Tetaplah seperti ini dan jangan pernah berubah 'Love you litte Bro'."

Trio MSN terkenal setelah menjaringkan 364 gol dalam tiga musim berikutan perpindahan £ 75 juta Suarez dari Liverpool pada 2014.

Ketika Neymar dijangka mendapat pendapatan sekitar € 55 juta setahun sebelum cukai, Suarez sebelum ini mengulangi tentang kesetiaannya kepada Barcelona lebih berbanding sebarang impian kewangan.

"Saya mengalami banyak kesukaran untuk sampai ke sini, ia adalah kelab di mana saya mahu bermain," katanya.

"Walaupun [kelab lain] menawarkan saya wang sebanyak tiga kali ganda untuk pergi, saya tidak akan pergi.

"Keluarga saya berasa gembira, tidak mungkin [saya akan pergi]. Saya akan tinggal di sini selama bertahun-tahun." Suarez menambah.

Luis Suarez juga berkata beliau hanya akan kembali ke Liga Perdana jika menyertai bekas kelabnya, Liverpool.