Pengurus Besar AC Milan, Marco Fassone telah membuka pintu untuk menandatangani salah satu daripada dua orang bekas penyerang Manchester United di mana kelab itu mahu membawa semua perbelanjaannya sepanjang jendela perpindahan musim panas ini dengan pengakhiran yang kuat melalui satu lagi tambahan pemain.
Milan telah dikaitkan dengan Falcao yang kini berada di Monaco dan agen percuma Ibrahimovic, serta Torino Andrea Belotti dan Pierre-Emerick Aubameyang dari Borussia Dortmund, dan semua tempat yang sedang diterokai, menurut Fassone.
"Kami tidak tergesa-gesa dan kami sedang memerhatikan ramai pemain," katanya kepada Mediaset. "Banyak nama telah disebutkan, tetapi tidak ada yang tergesa-gesa dari kami. Sehingga sekarang, saya tidak mengatakan sebarang nama, jadi saya tidak akan mengatakan tidak kepada mana-mana pemain [Falcao dan Ibrahimovic] atau kedua-duanya.
"Mereka adalah calon yang berpotensi, walaupun jka kita lebih dekat dengan seorang dan jauh dari seorang lagi yang lain, kita hanya mempunyai satu peluru untuk dilepaskan dan kita tidak mahu terlsalah sasaran."
Diego Costa adalah salah satu nama yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Serie A yang bercita-cita tinggi, walaupun peguam untuk penyerang Chelsea itu sudah berkata pada hari Khamis bahawa kliennya hanya mahu menyertai bekas kelabnya Atletico Madrid.
Jurulatih Milan, Vincenzo Montella bertindak balas tentang khabar angin Costa selepas kemenangannya 2-0 ke atas Universitatea Craiova pada malam Khamis, yang membolehkan Milan menempah tempat di Liga Europa.
"Saya tidak mahu mengatakan apa-apa, tetapi saya percaya [Costa] adalah pemain hebat, tetapi masih ada nama-nama(pilihan) lain lagi," kata Montella kepada wartawan.
Sebelum ini, Milan antara kelab yang paling aktif sepanjang jendela perpindahan kali ini selepas telah membelanjakan lebih € 200 juta untuk 10 orang pemain baru, termasuklah Leonardo Bonucci, Andre Silva, Ricardo Rodriguez dan Hakan Calhanoglu.
Tiada ulasan
Catat Ulasan