Merseyside, - Berdasarkan aktiviti perpindahan yang dilakukan oleh Liverpool, Michael Owen mengatakan bahawa Jurgen Klopp tidak takut untuk kehilangan Philippe Coutinho.
Setelah Neymar lengkapkan perpindahannya ke PSG, nama Coutinho menjadi pilihan utama sebagai salah satu calon untuk menggantikan rakan senegaranya itu di Barcelona. Meskipun begitu, Pemain tersebut sebelum ini sudahpun menandatangani kontrak jangka panjang bersama Liverpool, dan hal ini membuatkan The Reds tidak terlalu bimbang dengan khabar perpindahan itu.
“Biasanya terdapat khabar-khabar angin, tentang pembelian pemain bernombor 10(ganti Coutinho), untuk langkah berjaga-jaga diatas sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Sebaliknya Liverpool masa ini kelihatannya lebih berfokus kepada memperkuatkan bahagian pertahanan mereka dengan nama-nama pertahanan seperti Van Dijk.”
“Liverpool tidak perlu melakukan penjualan pemain, dan berdasarkan maklumat yang keluar daripada pihak kelab, mereka merancang untuk memperkuatkan lagi pasukan mereka, dengan menambah beberapa lagi pemain di dalam pasukan, supaya mereka dapat memberi saingan dalam setiap pertandingan dengan baik. Tahun ini fokus mereka adalah untuk membeli pemain, dan bukan menjual pemain.”
Tiada ulasan
Catat Ulasan