Kepa Arrizabalaga mengatakan bahawa dia berasa simpati terhadap David de Gea setelah menggantikan penjaga gol Manchester United itu dalam kesebelasan utama Sepanyol.
De Gea, 28 tahun, yang merupakan penjaga gol nombor satu Sepanyol pada Piala Dunia musim panas yang lalu di Rusia, telah jauh dari prestasi terbaiknya dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan situasi itu memberi peluang buat Kepa.
Penjaga gol berusia 24 tahun itu telah memulakan tiga perlawanan terakhir bagi kelayakan Euro 2020 menentang Malta, Kepulauan Faroe dan Sweden dan De Gea terpaksa hanya menonton dari bangku simpanan skuad Luis Enrique.
Kemenangan Sepanyol 3-0 ke atas Sweden pada malam Isnin lalu membawa mereka mendahulu lima mata di puncak Kumpulan F dan Kepa mempunyai sesuatu yang harus dibanggakan selepas berjaya mendapatkan cleansheet untuk dibawa pulang ke Bernabeu.
Ditanya mengenai keputusan Enrique setelah kemenangan 3-0 ke atas Sweden pada hari Isnin malam, Kepa menjawab: "Saya akan terus bekerja seperti yang saya sentiasa lakukan sehingga sekarang, melakukan yang terbaik bersama kelab saya untuk memastikan keyakinan daripada jurulatih," kata Kepa.
"Siapa pun yang bermain akan melakukannya dengan baik. Sudah tentu saya faham bahawa David berasa sedih, kita semua berlatih untuk bermain dan kemudian ia adalah keputusan jurulatih, dan terpulang kepada anda untuk bertindak balas dengan baik.
"Kita semua sentiasa dikelilingi oleh kontroversi seperti itu, tetapi kita mesti menerimanya secara semula jadi.
"Saya gembira untuk bermain, membantu pasukan dan menyelesaikan musim dengan cara yang terbaik.
"Musim ini sangat panjang, tetapi sebelum kami berehat kami mempunyai dua komitmen yang sangat penting ini. Kami gembira dapat menyelesaikannya dengan sebaik mungkin."
Penolong pengurus Sepanyol, Robert Moreno mendedahkan bahawa prestasi pada akhir musim ini membolehkan Kepa mendapatkan tempatnya dalam pasukan Sepanyol - tetapi menegaskan bahawa ia bukan merupakan pengakhiran bagi De Gea.
"Kami tidak fikir tempoh De Gea dengan Sepanyol sudah berakhir," kata Moreno.
"Tetapi Kepa mempunyai pengakhiran musim yang luar biasa - juara Liga Europa dengan persembahan yang hebat. Oleh itu, kami berpendapat bahawa Kepa dapat membantu kami dengan cara yang lebih baik.
"Persaingan kini sedang berlangsung. Apabila anda mempunyai sesuatu perkara yang terlalu mudah, anda akan menjadi tenang, dan itu adalah tidak baik. Persaingan juga baik dalam posisi penjaga gol."
Moreno menambah: "Ia bukan hanya tentang satu perkara sahaja. Kami sudah menonton Kepa bermain dengan baik di Liga Europa, jadi anda sudah boleh meneka dia berada dalam keadaan yang baik. Tetapi kami perlu melihatnya dalam pasukan.
"Saya bercakap dengan Luis Enrique pada hari Jumaat, sebelum perlawanan, dan kami berbincang mengenainya. Dan selepas perlawanan, kami memutuskan untuk memastikan dia berada dalam kesebelasan.
"Ia bukan melibatkan satu masa untuk kami membuat keputusan, tetapi kami sudah mula menyusun kesebelasan agak lama, dan apabila anda mempunyai semua maklumat di tangan anda, itulah yang memberi anda tindakan terakhir untuk membuat keputusan."
Tiada ulasan
Catat Ulasan