Jan Molby : 'Sumbangan Jordan Henderson Untuk Liverpool Hanya Akan Dihargai Apabila Dia Sudah Pergi!'




Legenda Liverpool, Jan Molby telah mengatakan bahawa sumbangan Jordan Henderson untuk The Reds hanya akan dihargai setelah dia pergi dan meninggalkan "kekosongan", selain itu percaya sumbangan pemain tengah itu sepanjang minggu sama pentingnya dengan pemain-pemain hebat yang lain yang pernah bermain untuk The Reds.
Pemain tengah itu telah berada di Anfield sejak tahun 2011, ketika dia dibeli dari Sunderland, namun waktunya di kelab Merseyside itu tidak pernah lekang dari kritikan, malah pada bulan Mac lalu sesetengah peminat The Reds mengkritik persembahannya menentang Tottenham Hotspur dalm aksi Liga Perdana Inggeris.
Sejak ditukarkan dari posisi tengah bertahan kepada posisi yang lebih menyerang oleh pengurus Liverpool Jurgen Klopp, Henderson telah berubah menjadi ancaman, sehingga menyebabkan Klopp mengakui bahawa ia adalah kesilapannya meletakkan dia di posisi yang salah sebelum ini malah menyatakan pemain berusia 28 tahun itu lebih sesuai bermain di posisi no.8.
Mengenang semula beberapa minggu yang lepas di mana Henderson menjadi kapten pasukan The Reds yang kelima untuk menjulang trofi Liga Juara-juara selepas The Reds berjaya mengalahkan Tottenham Hotspur 2-0 dalam perlawanan akhir di Madrid, dan Molby percaya tahap konsistensi dan tidak pentingkan diri Jordan Henderson menjadikan dia seorang pemain yang hebat.
"Kebiasaannya kita terlepas pandang tentang kepentingan pemain-pemain ini,"the Dane, yang telah membuat 292 penampilan untuk Liverpool sekitar tahun 1984 hingga 1995, memberitahu laman web rasmi Liverpool. 
"Tetapi di kelab bola sepak Liverpool, kita sangat berbangga dengan sejarah kita dan jika anda pergi ke setiap pasukan yang hebat, kita boleh menamakan setiap pemain terbaik mereka- begitu juga seseorang yang setiap minggu berada di sana, menghasilkan persembahan setiap minggu, mencipta sejarah, dan menjadi pemain yang hebat. Sebaik sahaja Jordan pergi, orang akan melihat kepada kekosongan yang ditinggalkan olehnya dan berfikir, 'Oh, Wow'.