Callum Hudson-Odoi Bersedia Untuk Menandatangani Kontrak Baru Bersama Chelsea Dengan Satu Syarat!




Bintang Chelsea, Callum Hudson-Odoi mahu jaminan masa bermain musim depan sebelum bersetuju untuk menandatangani perjanjian yang baru di Stamford Bridge. 
Pemain berusia 18 tahun itu kini diketepikan akibat kecederaan Achilles yang telah menjejaskan harapan Bayern Munich untuk menandatanganinya pada musim panas ini. 
Kelab Gergasi Bundesliga itu mempunyai tiga tawaran yang telah ditolak untuk pemain sayap tersebut pada bulan Januari dan Hudson-Odoi telah menyerahkan permintaan perpindahan dalam usaha untuk memaksa perpindahan ke Allianz Arena. 
Masa bermain Hudson-Odoi meningkat pada separuh masa kedua musim ini tetapi pemain sayap itu memasuki tahun akhir perjanjiannya di barat London dan Chelsea terdesak untuk memastikan dia menandatangani kontrak baru
Kelab itu telah menawarkan Hudson-Odoi jersi bernombor 10 yang ditinggalkan oleh Eden Hazard sebagai petanda kepercayaan mereka terhadap pemain antarabangsa England itu tetapi pemain tersebut memerlukan jaminan yang lebih besar. 
Menurut The Sun, pemain muda itu hanya mengambil peduli berkenaan masa bermainnya dan mahukan jaminan bahawa dia akan menjadi sebahagian daripada skuad pasukan utama pada musim depan sebelum menandatangani kontrak yang baru. 
Sebahagian daripada kelewatan itu adalah disebabkan masa depan Maurizio Sarri yang tidak menentu. 
Pengurus Itali itu enggan menggunakan Hudson-Odoi musim lalu tetapi dia dijangka menyertai Juventus dalam beberapa minggu akan datang.
Itu mungkin akan meningkatkan lagi peluang Chelsea untuk mengekalkan pemain sayap itu di musim-musim akan datang tetapi Hudson-Odoi mahu berbincang bersama pengurus Blues sebelum membuat keputusan muktamad. 
Laporan pada malam Selasa mendakwa bahawa Chelsea mengadakan perbincangan dengan legenda kelab Frank Lampard untuk menggantikan Sarri.