Jürgen Klopp telah mengesahkan bahawa Joe Gomez telah kembali ke sesi latihan selepas tiga bulan setengah.
Pemain pertahanan itu tidak pernah bermain untuk Liverpool selepas mengalami kecederaan bawah kaki ketika pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Burnley di Turf Moor pada 5 Disember yang lalu.
Gomez, yang juga menjalani pembedahan akibat masalah tersebut, menyertai rakan sepasukannya pada sesi latihan pada pagi Selasa di Melwood dan semakin hampir untuk membuat penampilan semula, walaupun masih ada beberapa kerja yang perlu dilakukan sebelum dia benar-benar berada dalam senarai untuk diturunkan oleh Jurgen Klopp.
Klopp memberitahu Liverpoolfc.com: "Ianya bagus - Joe tidak cedera lagi dan hampir cergas.
"Dia tidak akan berada di sesi latihan petang kerana dia perlu melakukan sesuatu yang lain - dia harus bekerja dengan daya tahannya, itulah prosedurnya dan bagaimana para pemain sentiasa perlu melakukannya, seperti Ox harus melakukannya ketika dia akhirnya kembali ke dalam sesi latihan penuh.
"Selepas beberapa lama, saya rasa Joe sudah tidak bermain selama 15 minggu, itu sudah lama, jadi dia perlu membuat asas sekali lagi untuk sepanjang musim ini."
Sementara itu, Alex Oxlade-Chamberlain akan teruskan latihan mengikut program pakar selepas mengalami masalah otot ketika membuat penampilan selama 40 minit untuk Liverpool bawah 23 tahun menentang Derby County pada 8 Mac yang lalu.
Walau bagaimanapun, Klopp menjangkakan pemain tengah itu akan kembali menyertai rakan sepasukannya dalam sesi latihan penuh minggu depan.
"Saya bercakap dengannya beberapa saat yang lalu; Ox adalah positif, kami semua positif," katanya. "Ia adalah sedikit masalah, ia tidak lebih, tetapi ia tetap adalah satu masalah. Itulah bagaimana ia berlaku.
"Anda tidak boleh terlalu sensitif selepas tempoh seperti ini kerana mereka berlatih dengan banyak - latihan selalunya seperti ini, ia seperti tekanan untuk badan. Anda merasakan sesuatu, tetapi anda tidak mahu menyatakan semuanya kerana ia boleh jadi DOMS [Delayed Onset Muscle Soreness].
"Inilah yang berlaku dengan dia, ia lebih sedikit daripada DOMS, tetapi tidak begitu serius. Sudah tentu kita berhati-hati, dia tengah bekerja keras, dia telah melakukan banyak dan saya fikir dia akan turun berlatih semula dalam seminggu lagi. Kemudian dia akan baik-baik saja.
Tiada ulasan
Catat Ulasan