Kedudukan Coutinho di Liverpool semakin tidak menentu selepas Barcelona terus memburu untuk mendapatkan khidmatnya selepas Neymar berpindah ke PSG.
Namun begitu, Philippe Coutinho dilaporkan telah menjalani latihan bersama rakan sepasukannya yang lain seperti biasa pasa hari selasa walaupun spekulasi perpindahannya ke Barcelona masih berterusan.
Menurut laporan Sky Sports News, sikap 'Coutinho Kekal Kelas Pertama' apabila berada di Melwood untuk menjalani latihan. Ini membuktikan, walaupun laporan mengatakan dia mahu berpindah ke Barcelona, tetapi dia tidak akan membuat permintaan untuk mendesak perpindahan itu berlaku melainkan ia dipersetujui oleh kedua-dua kelab.
Akhbar Catalonian Deportes mendakwa para pengarah Barcelona kini berada di England untuk perbincangan dengan wakil Coutinho dengan harapan dapat mencapai persetujuan berkaitan perpindahan tersebut.
Tetapi sumber lain memberitahu Sky Sports News bahawa terdapat pegawai Barcelona di Jerman yang cuba berbincang bagi mendapatkan Ousmane Dembele dari Borussia Dortmund, sementara di Liverpool pula tidak ada disedari kehadiran mana-mana wakil dari Barca yang berada di England.
Kedudukan Liverpool tetap tidak berubah -Coutinho Bukan Untuk Dijual- dan kedua-dua kelab tidak pernah berhubung lagi selepas bulan lalu apabila The Reds menolak tawaran awal £72 juta ke atas Coutinho.
Sejak itu muncul pula laporan mengatakan Coutinho mahu membuat perpindahan ke Sepanyol tetapi tidak akan menentang sebarang keputusan yang dibuat oleh kelab, walaupunn Barca sedia menawarkan £109 juta untuk mendapatkannya.
Menjelang musim baru Liga Perdana, pengulas Sky Sports dan bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher mengatakan bahawa dia menjangka Coutinho, yang sudah menandatangani kontrak lima tahun pada bulan januari lalu akan kekal di Anfield untuk satu musim lagi.
Barcelona akan terus mencari dan membuat perbelanjaan 'Dengan peka, tegas dan bijak' dana bernilai 200 juta hasil penjualan Neymar ke Paris Saint-Germain, kata presiden kelab Pep Bartomeu.
Walaupun begitu, Sky Sport News tetap memahami bahawa Coutinho akan kekal sebagai sasaran utama kelab gergasi Sepanyol itu, sementara itu juga berminat untuk mendapatkan Dembele dan juga Thomas Lemar dari Monaco.
Tiada ulasan
Catat Ulasan