Milan, – Suso diramal akan menolak lamaran daripada Roma dan Lazio untuk kekal berada di Milan dengan menandatangani kontrak empat tahun lagi bersama pasukan tersebut.
Meskipun begitu, perbelanjaan yang besar dilakukan Milan sepanjang jendela perpindahan musim ini menjadikan masa depan pemain sayap itu tidak menentu. Tambahan pula, Milan terus mencari pemain utama yang bakal jadi penggerak utama di bahagian serangan meskipun sebelum ini dikhabarkan Diego Costa telah menolak untuk berpindah ke kelab berkenaan.
Situasi inilah yang membuatkan Roma dan Lazio memasang hasrat untuk mendapatkan tandatangan pemain tersebut, namun Suso tetap menegaskan bahawa dia akan meneruskan komitmennya dan tetap bertahan di San Siro.
Menurut media, dia bakal menandatangani kontrak jangka panjang selama empat tahun dengan nilai 2,5 juta euro untuk satu musim.
Pemain 23 tahun itu dibeli oleh Milan dari kelab Liverpool dengan yuran perpindahan sebanyak 1,3 juta euro pada Januari 2015 yang lalu dan sebelum itu juga sempat menjalani masa pinjamannya di Genoa.
Tiada ulasan
Catat Ulasan