Mo Salah Sekali Lagi Menjadi Hero, Ini Reaksi Jurgen Klopp Atas Kemenangan Liverpool Menewaskan Brighton!




Jurgen Klopp menyatakan rasa gembiranya selepas pasukannya kembali mendapatkan kemenangan selepas berjaya mengalahkan Brighton and Hove Albion di Stadium Amex.
Jaringan menerusi sepakan penalti oleh Mohamed Salah sudah cukup memberikan tiga mata penuh buat The Reds selepas kekecewaan atas kekalahan pertama liga sebelum ini ke atas Manchester City dan diikuti dengan kekalahan kepada Wolves dalam saingan Piala FA.
Liverpool tidaklah berada dalam prestasi terbaik mereka dalam kemenangan tersebut yang kembali menjarakkan tujuh mata di hadapan City yang bakal menentang Wolves pada Isnin nanti, tetapi Klopp tetap gembira untuk kemenangan tersebut.
"Ianya sangat sukar tetapi ia seperti yang telah terjadi," kata Klopp kepada Sky Sports. "Ianya perlawanan yang besar hari ini.
"Semua orang tahu betapa sukarnya untuk bermain di Brighton. Anda perlu kreatif untuk menghadapi pasukan yang sangat baik dan tersusun.
"Ianya satu persembahan yang matang dari pemain saya. Saya sangat sukakannya dan ianya kelihatan satu kemahiran yang baru dan saya suka untuk kami menyimpannya.
"Kami belajar dari babak pertama dan di babak kedua ianya semakin baik. Saya sukakan persembahan ini. Ianya bukan satu opera tentang bola sepak tetapi ia adalah sebuah lagu yang baik.
"Ianya jelas kami menguasai bola dengan banyak tetapi ia sangat sukar. Chris Hughton sangat bijak. Mereka menutup ruang dengan sangat sempurna. Ianya sangat sukar untuk kekal 100% untuk keseluruhan permainan. Ia adalah cabaran tetapi ia adalah permainan bola sepak biasa yang mana kami menang dan saya suka.
"Kami perlu memenangi setiap perlawanan. Begitulah caranya. Kami adalah Liverpool dan kami perlu memenangi permainan bola sepak. Tiada yang baru. Anda tidak mahukan keputusan seri di sini tetapi anda perlu berusaha untuk setiap langkah dalam permainan. Cuba untuk mencipta peluang dan jika kamu menemuinya maka gunakannya.
"Satu perkara yang saya tidak suka adalah mengenai permainan bola kedua. Tidak terdapat pembuangan bola yang jelas yang dapat membantu situasi tertentu.