Jordan Henderson Memuji Kematangan Mental Trent Alexander-Arnold Yang Tetap Bermain Meskipun Dalam Kesakitan!




Kapten Liverpool, Jordan Henderson memuji mentaliti Trent Alexander-Arnold selepas pemain muda itu bermain dalam kesakitan ketika kemenangan penting Sabtu ini ke atas Brighton. 
Berikutan kekalahan berturut-turut dalam Liga dan Piala FA, Liverpool kembali menjarakkan mata kepada tujuh di puncak liga mendahului Manchester City, yang masih perlu bermain menentang Wolverhampton, dengan kemenangan 1-0 yang sukar.
Alexander-Arnold alami kecederaan buku lali dalam sesi pemanasan badan sebelum perlawanan tetapi tetap turun dan beraksi dengan baik untuk membantu pasukannya mengekalkan rekod cemerlang pertahanan mereka yang berjaya mencatatkan cleansheet yang ke-13 untuk musim ini. 
"Itulah Trent yang sebenarnya," kata Henderson selepas itu. "Mentaliti beliau sangat matang untuk usianya. Saya fikir dia mempunyai satu lagi persembahan yang baik dan kental. 
"Dia mungkin akan berasa sakit pada waktu pagi tetapi mentalitinya sangat kuat. Dia mampu bertahan selama 90 minit. Dia mengalami masalah dalam sesi pemanasan tetapi dia melupakannya dan teruskan . "
Alexander-Arnold turut menambah: "Selepas beberapa minit bermain, pergelangan kaki saya menjadi semakin baik dan saya memberitahu kakitangan perubatan, saya hanya memerlukan sedikit pita strapp dan beberapa ubat penahan sakit dan saya akan baik untuk bermain. Apabila anda masuk ke dalam padang ia membantu. 
"Untuk menjadi yang terbaik anda perlu memenangi banyak perlawanan anda. Ia adalah liga yang sukar dan kami pergi ke setiap perlawanan untuk mendapatkan kemenangan. 
"Kami berasa kecewa apabila kami seri dan kalah. Kami semua gembira dan harapnya kami dapat teruskannya."