Christian Pulisic Tampil Menjelaskan Keputusannya Untuk Menyertai Chelsea Berbanding Liverpool!




Christian Pulisic telah menjelaskan mengapa dia memilih untuk menyertai Chelsea berbanding Liverpool dan mengatakan bahawa dia menjangkakan gaya permainan The Blues sesuai untuk dia dengan sempurna. 
Bintang antarabangsa Amerika Syarikat itu akan menyertai Liga Perdana pada musim panas akan datang selepas Chelsea bersetuju dengan perjanjian bernilai £ 58 juta dengan kelab Jerman Borussia Dortmund. 
Liverpool terus dikaitkan dengan perpindahan pemain sayap berusia 20 tahun itu tetapi Chelsea memenangi perlumbaan untuk memastikan mereka menandatangani salah seorang pemain muda terbaik di Eropah.
"Saya selalu mahu untuk bermain di Liga Perdana dan saya tidak sabar untuk melakukannya," kata Pulisic pada hari Sabtu. 
"Seperti yang saya katakan dalam kenyataan di media sosial saya, saya seratus peratus komited untuk sepanjang musim ini dan saya ingin mempunyai pengakhiran yang menggembirakan bersama Dortmund." 
Ditanya mengenai keputusannya untuk menyertai Chelsea di bawah Maurizio Sarri, dia menambah: "Saya selalu suka dengan cara Chelsea bermain dan masih bermain dengan gaya bola sepak itu hari ini, dan saya fikir gaya itu sangat sesuai dengan saya.
Menegaskan tentang spekulasi mengatakan Liverpool mahu menandatanganinya mendahului Chelsea, Pulisic menjawab: "Saya tidak mahu bercakap tentang itu, saya gembira telah membuat keputusan untuk menyertai Chelsea. 
"Kepala saya kini sedikit lega, saya berharap orang memahami keputusan saya dan juga tahu bahawa saya akan memberikan segala-galanya di sini sehingga akhir nanti dan mahu membantu musim kita menjadi yang terhebat."
Pulisic menyertai akademi Dortmund sebagai pemain remaja sebelum membuat debut pertama bersama pasukan gergasi Bundesliga itu pada tahun 2016. 
Sejak itu dia telah membuat lebih dari 100 penampilan untuk Dortmund dan menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada kelab untuk peluang yang mereka berikan kepadanya.
"Tanpa BVB saya tidak akan pernah mempunyai peluang untuk memenuhi impian saya di England," katanya. 
"Ia adalah permulaan yang sempurna untuk kerjaya saya. Apabila saya agak muda saya tidak tahu sama ada keputusan itu betul atau tidak, tetapi sekarang saya mengetahuinya. 
"Saya berterima kasih untuk semuanya - peminat, bandar, kelab, saya akan 100 peratus merindui semuanya."