Alvaro Morata Tampil Jelaskan Peluangnya Menjaringkan Hatrik Pertama Yang Terlepas Ketika Menentang Crystal Palace!




Alvaro Morata menjelaskan tentang peluang terakhirnya yang terlepas dalam kemenangan 3-1 Chelsea menewaskan Crystal Palace yang mana dia turut terlepas peluang meraih hatrik.
Bintang Sepanyol itu menjaringkan dua gol bagi pasukan bimbingan Maurizio Sarri tetapi beberapa minit sebelum perlawanan tamat, dia menerima hantaran yang baik daripada Eden Hazard.
Morata mempunyai banyak masa untuk membuat pilihan terbaik tetapi dia memilih untuk mencungkil bola untuk melepasi Hennessey, tetapi memandang penjaga gol Crystal Palace itu tinggi dia berjaya menangkap bola itu dengan kemas.
Ketika ditanya mengenai situasi tersebut, Morata memberitahu Sky Sports : "Sejujurnya saya terfikir di 10 minit terakhir perlawanan untuk menjaringkan gol yang ketiga, saya fikir penjaga gol akan cuba untuk rebah ke tanah.
"Saya boleh menjaringkan hatrik tapi ia bukan hari yang sempurna, sebaliknya kami mendapatkan tiga mata dan kami berada di kelompok tiga teratas.
"Perkara paling penting bagi kami adalah kami mahu berjuang hingga ke perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.
"Hari ini saya memikirkan terlalu banyak tentang gol hatrik yang mana ia tidak begitu baik, saya semakin meningkat, saya mahu bekerja keras dan membantu pasukan."