Ronaldo Mungkin Bakal Lalui Hanya SATU penggantungan Dan Berpeluang Bermain Di Old Trafford!




Cristiano Ronaldo mungkin hanya akan melalui satu penggantungan dari perlawanan Liga Juara-juara, menurut sumber yang memberitahu ESPN FC, yang membolehkan penyerang baru Juventus itu turun menentang bekas kelabnya Manchester United di Old Trafford.
Dia dilayangkan kad merah dalam kemenangan 2-0 Juventus menewaskan Valencia pada hari rabu selepas dikatakan menarik rambut pemain pertahanan Jeison Murillo.
Pemain berusia 33 tahun itu secara automatik bakal melalui satu penggantungan yang mana dia akan terlepas pertemuan menentang Young Boys pada 2 oktober.
Bahagian Pengawalan, Etika dan Disiplin EUFA akan mengadakan perbincangan pada 27 September ini untuk membuat keputusan mengenai penggantungan tersebut.
Tetapi sumber mengatakan ia sepertinya bintang Portugal itu tidak akan dikenakan dua atau tiga penggantungan perlawanan yang mana dia boleh bermain di Old Trafford pada 23 Oktober dan perlawanan kedua di Turin.
Penambahan penggantungan akan menyebabkan Ronaldo - yang dibeli pada musim panas ini dari Real Madrid dengan nilai € 100 juta - terlepas peluang bertemu kelab yang ditinggalkannya pada tahun 2009.
Dia telah bertemu Manchester United sebanyak dua kali selepas meninggalkan kelab tersebut ke Real Madrid, menjaringkan gol dalam dua-dua pertemuan yang mana Real Madrid menyingkirkan pasukan bimbingan Alex Ferguson dari saingan Liga Juara-juara pada tahun 2013.
United dan Juventus kedua-duanya memenangi perlawanan pembukaan mereka bagi kumpulan H pada hari Rabu dengan United menewaskan Young Boys 3-0.