Penjelasan Jurgen Klopp Mengapa Dia Mengeluarkan Shaqiri, Walaupun Dia Beraksi Sangat Cemerlang!




Jurgen Klopp memuji prestasi Shaqiri ketika menentang Southampton pada hari sabtu meskipun mengambil keputusan untuk mengeluarkannya di separuh masa kedua untuk tujuan mendapatkan lebih 'penguasaan' dalam perlawanan.
Bintang Switzerland itu bermula buat kali pertama dalam kemenangan The Reds menewaskan Southampton 3-0 di Anfield, dan terlibat dalam melakukan assist untuk dua daripada tiga gol Liverpool itu di masa pertama perlawanan.
Percubaan pertamanya terbias akibat terkena pemain pertahanan Wesley Hoedt lalu masuk ke gawang sendiri, dan kemudian melakukan percubaan yang menarik melalui sepakan percuma yang terkena palang gol yang akhirnya disempurnakan oleh Mohamed Salah.

Tetapi, walaupun Klopp kagum dengan sumbangan Shaqiri di bahagian serangan Liverpool, dia memilih untuk memasukkan James Milner di babak kedua untuk menambahkan lebih kestabilan dalam skuad.
"Saya katakan kepada Shaq yang saya tidak pernah mengeluarkan pemain di awal babak kedua selepas beraksi cemerlang di babak pertama tetapi kita mahukan lebih penguasaan. Dia tidak cedera," jelas Klopp.
"Ia adalah persembahan yang cemerlang. Kami melakukan banyak latihan untuk sepakan percuma, jadi ia sangat menggembirakan apabila ketiga-tiga gol terhasil melalui sepakan percuma.
"Shaq adalah pemain yang hebat. Sepakan percuma itu luar biasa. Dia mencuba semuanya dan dia adalah pemain yang sangat baik untuk ada dalam skuad. Sangat baik ketika menyerang tetapi masih perlukan sedikit latihan untuk pertahanan."
Dia menambah: "Keputusan adalah sangat baik dan prestasi pasukan boleh dipertingkatkan lagi. 
"Perubahan itu memberi kesan kepada kami selepas saya mengubah sistem. Shaqiri sangat berkesan dan begitu juga Matip, tetapi organisasi kami mempunyai masalah.
"Anda dapat melihatnya menerusi komunikasi di atas padang, tetapi kami kembali ke sistem yang kami kerap gunakan."