Neymar Secara Peribadi Mengucapkan Tahniah Kepada Roberto Firmino!




Neymar secara peribadi mengucapkan tahniah kepada Roberto Firmino selepas penyerang itu menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool di minit-minit akhir perlawanan menewaskan Paris Saint-Germain.
PSG kembali menghidupkan peluang mereka di Anfield selepas berjaya menjaringkan dua gol dan menyamakan kedudukan untuk mendapatkan kemenangan pertama aksi kumpulan Liga Juara-juar musim ini.
Tetapi, Firmino yang dimasukkan sebagai pemain gantian selepas kembali pulih dari kecederaan mata yang dialaminya, menjaringkan gol yang menarik di masa kecederaan untuk memastikan tiga mata berpihak kepada pasukan bimbingan Jurgen Klopp.
Selepas perlawanan tersebut, Firmino sedang ditemubual oleh para wartawan sebelum Neymar berjalan melimpasi pemain tersebut.
Dan Neymar mengucapkan beberapa perkataan yang baik untuk didengar buat rakan senegaranya itu selepas jaringan gol kemenangannya. 
"Tahniah, anda melakukannya dengan hebat," kata Neymar. "Kita akan berbual kemudian."
Daniel Sturridge berada di kesebelasan utama buat kali pertama musim ini menggantikan Firmino, dan penyerang berusia 29 tahun itu menjaringkan gol pembukaan buat Liverpool di separuh masa pertama.
"Apabila anda mempunyai Bobby yang sudah cergas, anda akan sentiasa berfikir 'Cepatlah, masukkan dia', "kata Klopp.
"Tetapi ia adalah baik untuk melihat bagaimana Daniel beraksi malam ini dan dia menerima habuannya kembali 100 peratus.
"Ianya sangat baik untuk dia, untuk kami, sangat-sangat menunjukkan petanda yang besar dan penting. Dan bagaimana saya katakan, masukkan Bobby selepas minit ke-70 adalah tindakan yang terbaik, secara jujur, saya sukakannya. Jadi semuanya adalah baik."