Lukaku Menghabiskan Masa Selepas Sesi Latihan Bersama Rashford Untuk Membantu Penyerang Muda Itu Berkembang!




Penyerang Manchester United Romelu Lukaku telah menunjukkan rasa prihatinnya terhadap Marcus Rashford dengan menghabiskan lebih dari setengah jam selepas setiap sesi latihan untuk melakukan latihan serangan bersama pemain berusia 20 tahun itu. 
Jose Mourinho tampil mempertahankan keputusannya tentang cara dia menggunakan Rashford pada minggu lalu selepas penyerang muda itu dinasihatkan untuk meninggalkan Old Trafford oleh Jamie Carragher.
Lukaku menjadi penghalang untuk Rashford bermain di posisi kegemarannya sebagai penyerang tengah dengan bintang Belgium itu telahpun menjaringkan empat gol dalam 5 perlawanan untuk The Reds Devil musim ini dan Rashford perlu memahami situasi bahawa dia masih belum cukup bersedia untuk menjadi penyerang utama United.
Bintang Belgium itu adalah antara pemain yang paling disegani di bilik persalinan dan Mourinho menganggap dia - bersama-sama dengan Matic dan De Gea- sebagai antara pemain yang paling dipercayainya.
Mourinho berasa kagum dengan kualiti kepimpinan Lukaku dan Penyerang Belgium itu menunjukkannya beberapa minggu sebelum ini dengan mengambil sesi latihan tambahan bersama Rashford selepas tamatnya sesi latihan bersama pasukan yang lain. 
Lukaku berlatih bersama Rashford berkaitan dengan pergerakan, pengawalan bola dan penyudah dengan tujuan lain untuk membantu perkembangan penyerang muda tersebut.
Zlatan Ibrahimovic mempunyai pengaruh yang sama terhadap Rashford dan pemain berusia 20 tahun itu menghabiskan lebih kurang satu setengah jam selepas tamat setiap sesi latihan bekerjasama dengan Lukaku menurut Metro.
Rashford dijangka akan berada dalam kesebelasan utama untuk saingan Liga Juara-juara pagi ini bertemu Young Boys di Bern, Switzerland.
Penyerang itu akan melalui satu perlawanan daripada tiga penggantungannya dan Alexi Sanchez akan berada di bangku simpanan untuk memberi peluang pada Rashford bermain.