Komen Mourinho Mengenai Dalot : "Kini, semua Orang Dapat Melihat Potensinya!"




Jose Mourinho percaya Manchester United kini telah menemui pertahanan kanan yang baru untuk satu tempoh yang panjang selepas Diogo Dalot menyerlah dalam kemenangan United 3-0 menewaskan Young Boys.
Mourinho mengatakan persembahan pemain berusia 19 tahun itu menjanjikan masa depan yang cerah buat United. Dalot sebelum ini membuat dua penampilan bersama pasukan bawah 23 tahun dalam usahanya untuk kembali pulih dari kecederaan lutut yang dialaminya.
"Untuk Dalot, ia adalah perlawanan pertamanya selepas pembedahan lutut, satu persembahan yang mantap dan baik," kata Mourinho selepas perlawanan. "Semua orang dapat melihat potensi itu dan dia adalah pemain yang baru berusia 19 tahun yang masih mempunyai masa sehingga 10 tahun bermain untuk United."
Keputusan di Switzerland itu menunjukan United memenangi tiga perlawanan berturut-turut selepas mereka tewas kepada Tottenham dan Brighton.
Pasukan Mourinho mempunyai peluang untuk meneruskan rentak cemerlang itu dengan menerima kunjungan Wolves pada hujung minggu ini sebelum bertemu Derby Country untuk saingan Piala Carabou pada hari selasa.
"Selepas dua kekalahan, tiga perlawanan di tempat lawan dan tiga kemenangan, saya tidak mengatakan ia adalah persembahan yang luar biasa, ianya persembahan yang hebat dan mari bersedia untuk perlawanan sabtu ini," Kata Mourinho. "Saya gembira. Saya mengetahui sebabnya mengapa kami tidak bermula dengan begitu baik, kenapa kita mengambil 20 hingga 25 minit untuk dikawal.
"Gol pertama mengubah segalanya dan kami menguasai keseluruhan perlawanan, dan ianya penting untuk kami mulakan saingan Liga Juara-juara dengan kemenangan.