Kebenaran Reaksi 'Marah' Mohamed Salah Melempar Botol Akhirnya Terjawab Dan Disalah Tafsir!




Mohamed Salah tidak dengan segera meraikan kemenangan Liverpool menewaskan PSG pada hari Rabu bersama-sama rakan sepasukannya yang lain - kerana dia dipilih untuk ujian dadah.
Salah berada di tengah kritikan dan serangan peminat di Media Sosial selepas rakaman video menunjukkan reaksi marahnya selepas Roberto Firmino berjaya menjaringkan gol kemenangan di minit akhir perlawanan - melempar botol ke lantai.
Walaubagaimanapun, rakaman tersebut telahpun diedit dengan tidak memasukkan reaksi Salah pada awalnya yang juga meraikan gol dengan mengangkat kedua tangannya tanda kegembiraannya dan kemudian melempar botol ke lantai sebagai tanda melepaskan rasa lega.
Bintang Mesir itu merupakan punca gol kedua PSG hasil jaringan Kylian Mbappe selepas dia membuat hantaran bola yang berjaya dirampas pihak Neymar - tetapi akhirnya dapat melepaskan rasa bersalahnya itu dengan jaringan Firmino.
Laporan seterusnya mendakwa Salah memilih tidak meraikan kemenangan tersebut bersama rakannya yang lain di bilik persalinan, dan ini menambahkan lagi konspirasi mengatakan pemain itu berasa marah selepas dikeluarkan.
Tetapi perkara sebenarnya yang berlaku adalah pemain berusia 26 tahun itu dipilih untuk menjalani ujian dadah sebaik sahaja perlawanan tamat.
Dia kemudian kembali ke bilik persalinan, di mana dia dan Mane merupakan antara yang meraikan kemenangan dengan gembira, menari dan bergurau senda.
Kapten Jordan Henderson, yang sudahpun berada di kelab tersebut selama tujuh tahun, mengatakan dia tidak pernah merasakan semangat sepasukan seperti yang ada pada skuad Liverpool kini.
Dia berkata : "Saya melihat kesatuan yang hebat, ini adalah skuad dengan hubungan yang paling rapat yang pernah saya rasakan."
 Pengurus Jurgen Klopp memberi pujian penuh buat pasukannya selepas kemenangan tersebut, terutama Mane dan Salah, yang telah diminta bermain dengan sedikit bertahan dengan ketiadaan Firmino di atas padang.