Jose Mourinho Mengakui Masalah Pada Bahagian Serangan Menyebabkan United Perolehi Hanya SATU MATA!




Jose Mourinho meletakkan kesalahan di bahu pemain-pemain bahagian serangannya ketika United gagal mendapatkan tiga mata penuh di Old Trafford menentang Wolves.
Fred menjaringkan gol pembukaan di awal babak pertama, namun permulaan yang menjanjikan sesuatu bagi pasukan United tidak berpanjangan selepas Wolves berjaya mencuri satu mata di Old Trafford melalui rembatan kencang Joao Moutinho di minit ke-53.
Ia adalah petang yang begitu mengecewakan buat Alexis Sanchez yang telahpun direhatkan pada pertengahan minggu lalu. Anthony Martial menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 United menentang Young Boys tetapi kembali ke bangku simpanan ketika menentang Wolves semata-mata untuk memberi ruang kepada bintang Chile itu- yang hanya menjaringkan 3 gol dalam 23 penampilan sejak ketibaannya dari Arsenal - yang sekali lagi mempamerkan aksi yang begitu lemah.
Sanchez dikeluarkan pada minit ke-63 dengan Jose Mourinho berasa kecewa terhadap bintang Chile tersebut dan pemain-pemain lain di bahagian serangan, termasuklah Romelu Lukaku yang terlepas peluang keemasan menerusi tandukan.
"Saya fikir keputusan itu adalah adil," kata Mourinho. "Mereka layak mendapatkan mata mereka dan kami selayaknya menerima hukuman hanya mendapatkan satu mata. Mereka bermula dengan sangat baik dengan lebih agresif, lebih keinginan dan saya tidak tahu kenapa tetapi mereka sangat termotivasi.
"Saya menjangkakan lebih dari pemain bahagian serangan saya. Tidak cukup kreativiti, pergerakan dan dinamik. 
"Kami membiarkan mereka dengan mudah menyesuaikan diri dengan kekuatan kita pada 20 minit terakhir. Secara keseluruhannya, kami tidak layak menerima lebih dari ini."
Ia akan bertambah buruk buat pasukan Mourinho jika David De Gea tidak membuat beberapa usaha hebat untuk menyelamatkan gawang gol mereka tetapi dengan Liverpool dan Manchester City keduanya melakarkan kemenangan mudah, United perlu kembali beraksi cemerlang untuk mengejar semula selepas ketinggalan dalam enam perlawanan pertama.
"Persembahan kami tidak begitu konsisten, tidak kreatif dan tidak dinamik," tambah Mourinho.
"Cara kami bermula menunjukkan kami pasukan yang bertuah untuk menjaringkan gol pertama. Dari sudut pandangan lain, pendekatan mereka adalah lebih kepada perlawanan bola sepak berbanding kami."