Griezmann Akui Menolak Barcelona Keputusan Paling Sukar Dalam Kerjayanya!




Antoine Griezmann mengakui bahawa ianya keputusan yang paling sukar dalam kerjayanya untuk menolak perpindahan ke Barcelona musim panas ini.
Penyerang Perancis itu kerap dikaitkan dengan perpindahan bernilai € 100 juta ke Camp Nou tetapi mengumumkan yang dia akan kekal di Atheltico menerusi siaran Dokumentari di Sepanyol pada bulan Jun.
Griezmann menjaringkan 19 gol dalam 32 penampilan pada musim lepas, sebelum menjaringkan empat gol dalam saingan Piala Dunia dengan membantu pasukan Perancis menjuarai kejohanan besar itu buat kali kedua selepas memenanginya pada tahun 1998.
Pemain berusia 27 tahun itu menceritakan bagaimana kesan keputusan yang diambilnya itu terhadap kehidupannya dan keinginan yang ditunjukkan oleh Athletico sepanjang tempoh mencabar itu.
"Seperti yang saya katakan saya menerima kasih sayang," katanya kepada Telefoot. "Semua orang mahu mengetahui apa yang saya bakal lakukan.
"Ianya adalah keputusan paling sukar dalam kerjaya saya. Saya mengejutkan isterinya saya pukul 3 pagi hanya untuk membincangkan perkara ini."
Athletico menamatkan musim lalu di kedudukan kedua tetapi melalui prestasi yang tidak menentu musim ini, memenangi hanya 2 daripada 5 perlawanan pembukaan La Liga.
Griezmann hanya menjaringkan satu gol dalam semua pertandingan tetapi kekal yakin pasukan bimbingan Diego Simeone boleh mencabar Barcelona dan Real Madrid untuk kejuaraan liga.
Dia juga berkata akan menyumbang untuk perkembangan di Liga Juara-juara selepas Athletico terkeluar pada peringkat kumpulan musim lalu, seterusnya menjuarai Liga Eropah.
"Dalam Liga Juara-juara kami akan mencuba melakukan dengan lebih baik berbanding musim lalu di mana kami tidak berjaya layak ke pusingan kalah mati, "katanya.
"Ianya banyak kesalahan terletak pada saya kerana saya tidak begitu baik dari segi mental.
"Dalam Liga kami akan cuba untuk bersaing dengan kedua-duanya (Barcelona dan Real Madrid).
Athletico menang perlawanan pertama mereka dalam saingan Liga Juara-juara musim ini dengan menewaskan Monaco 2-1, dan memenangi perlawanan kedua berturut-turut dengan kemenangan 2-0 menentang Getafe pada hari Sabtu.
Pasukan Simeone akan bertemu Huesca sebelum bertemu Real Madrid di Santiago Bernabeu.