United Mungkin Kembali Memburu Perisic, Inter Milan Menetapkan Harga Baru Buat Bintang Croatia Itu!




Inter Milan akan meminta bayaran sebanyak £ 62m jika Manchester United kembali sekali lagi untuk mendapatkan Ivan Perisic pada musim panas ini. 
Perisic adalah salah satu sasaran perpindahan daripada empat pemain dalam senarai Jose Mourinho pada musim panas yang lepas selepas kelab itu berjaya membawa Victor Lindelof, Romelu Lukaku dan Nemanja Matic ke Old Trafford, Inter sebaliknya menolak untuk menerima tawaran bagi pemain antarabangsa Croatia itu.
United membuat tawaran sebanyak £ 35 juta untuk pemain sayap itu pada Jun yang lalu tetapi pasukan gergasi Serie A itu menolak dan mahukan bayaran sebanyak £ 48 juta. Penolakan itu akhirnya menyaksikan United menangguhkan usaha mereka untuk mendapatkan pemain tersebut.
Perisic telah menjadi tajuk utama pada musim panas ini selepas persembahannya yang hebat dalam membantu membawa Croatia ke perlawanan akhir Piala Dunia di Rusia.
Bekas pemain sayap Wolfsburg itu menjaringkan satu gol dan melakukan satu assist ketika pasukan bimbingan Zlatko Dalic itu mengalahkan England di perlawanan separuh akhir dan berada dalam senarai penjaring sekali lagi pada perlawanan akhir menentang Perancis meskipun tewas 4-2.
Mourinho memberi pujian sepenuhnya buat pemain itu setelah kemenangan ke atas England, dengan menggambarkannya sebagai 'pemain sayap yang berbeza dengan yang lain'.
Menyedari bahawa pengurus United itu mungkin mahu pasukannya untuk kembali membuat tawaran pada pemain mereka, Inter bersedia untuk bertindak sewajarnya dalam pasaran perpindahan. 
Laporan Gazzetta dello Sport bahawa pasukan Nerazzurri itu akan bertahan untuk sebarang tawaran bagi Perisic dan juga rakan senegaranya Marcelo Brozovic yang turut mempamerkan aksi cemerlang di Piala Dunia.
Mereka melaporkan bahawa 'hanya tawaran yang memberangsangkan' sahaja yang dapat melihat Perisic meninggalkan San Siro, dengan menegaskan bahawa Inter tidak akan melayan sebarang tawaran untuk pemain sayap mereka kurang dari € 70 juta.