Thomas Meunier Mengiktiraf United Sebagai 'Rujukan Sebenar Dunia Bola Sepak' Dan Akui Berminat Untuk Bermain Di Liga Perdana Inggeris!




Penyokong Manchester United sendiri, Thomas Meunier akui berasa ragu mengenai masa depannya di Paris Saint-Germain dan mendedahkan ada beberapa tawaran dari kelab-kelab lain di Eropah untuk mendapatkan perkhidmatannya. 
Meunier, 26 tahun, adalah pemain penting dalam pasukan Belgium yang menduduki tempat ketiga di Piala Dunia musim panas ini, yang mempamerkan aksi cemerlang sepanjang pertandingan tersebut di posisi sebagai pertahanan sayap kanan.
Bekas pemain kelab Brugge itu ditandatangani oleh PSG pada 2016 tetapi hanya setahun selepas kedatangannya, dia disertai oleh Dani Alves yang menyertai Juara bertahan Ligue 1 pada tahun lalu.
Ketika pengurus Unai Emery cuba membuat putaran pemain di posisi sebelah kanan pertahanannya, Meunier hanya memulakan 16 pertandingan terakhir di Ligue 1 dan hanya dinamakan sebagai pemain di bangku simpanan dalam lapan perlawanan Liga Juara-juara bagi pasukan PSG.
Walaupun tahun-tahun kecemerlangan Alves sudah semakin tenggelan dan kecederaan ligamen lutut yang dialaminya pada bulan Mei lalu telah memberikan harapan buat Meunier, namun bintang Belgium itu menegaskan bahawa dia masih tidak menerima sebarang jaminan mengenai masa depannya daripada pengurus PSG yang baru, Thomas Tuchel. 
Menurut Sport, Barcelona adalah antara kelab yang berminat terhadap pemain pertahanan itu sementara Manchester United sebelum ini juga dikatakan berminat.
Pemain itu sendiri menyuarakan perbincangan mengenai perpindahan ke Old Trafford baru-baru ini, dengan mengisytiharkan kelab itu sebagai 'rujukan sebenar dalam dunia bola sepak' sebelum mengakui dia ingin bermain di Liga Perdana Inggeris. 
Bintang PSG itu kini mahukan kelabnya menjanjikan tempat dikesebelasan utama lebih kerap sebelum dia membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya.
"Kelab itu harus memberitahu saya bahawa mereka benar-benar menginginkan saya dan ada peranan penting buat saya dalam pasukan," kata Meunier kepada Het Laatste Nieuws. 
"Saya sangat menghargai PSG sebagai sebuah kelab, tetapi saya merasa tidak berpuas hati di Paris. Saya mahukan kepercayaan kelab dan jurulatih. Saya tidak merasakan semua itu pada musim lalu. 
"Apa yang bakal dibawa oleh jurulatih baru? Ini menjadi sangat penting dalam pilihan saya untuk kekal."
Meunier belum pernah bercakap bersama Tuchel sejak pelantikan pengurus Jerman itu pada bulan Mei kerana tidak berhubung dengan mana-mana pemain dari kelab tersebut sejak beberapa minggu kebelakangan ini. "Saya tidak pernah mendengar apa-apa daripadanya, tidak. Saya tidak mendengar apa-apa daripada pengarah teknikal, pengerusi, pengurus pasukan dan ramai lagi."
Dia meneruskan: "Tetapi saya fikir di PSG mereka juga menyedari bahawa saya bermain di Piala Dunia dengan sangat baik. Persoalannya ialah sama ada mereka masih meragui tentang kebolehan saya. Saya harap mereka akan mengubah pendirian mereka kerana saya tidak mahu musim yang baru ini sama seperti yang sebelumnya. "
Meunier menambah dia tidak menolak bahawa dia mempunyai banyak tawaran untuk meninggalkan ibu kota Perancis itu: "Tentu tidak. PSG sudah mempunyai beberapa tawaran untuk saya. Minat itu sentiasa ada."