Roberto Martinez Beri Galakan Untuk Eden Hazard Tinggalkan Chelsea Untuk Real Madrid!




Roberto Martinez telah membincangkan mengenai potensi perpindahan Eden Hazard ke Real Madrid. 
Hazard, 27, menunjukkan dengan jelas bahawa dia boleh meninggalkan Chelsea musim panas ini selepas penyingkiran Belgium di Piala Dunia dan Madrid difahamkan sebagai destinasi yang sesuai.
Pemain Belgium itu tidak dapat merahsiakan kecintaannya terhadap Madrid dan bekas pengurusnya, Zinedine Zidane, tetapi Chelsea bertekad untuk terus mengekalkannya menjelang kempen 2018/19.
Walaupun Chelsea telah menetapkan harga yang tinggi sebanyak £ 200 juta untuk menghalang minat dari Madrid, namun Martinez percaya ia adalah masa yang terbaik buat Hazard untuk meninggalkan Stamford Bridge.
"Ini mungkin masa terbaik [untuk Hazard] untuk mencuba sesuatu yang berbeza," kata pengurus Belgium itu kepada akhbar Sepanyol, Cadena Ser.
"Bagi saya, ianya sangat mudah untuk menjawab soalan itu. Dia boleh berada di dalam mana-mana pasukan di dunia. Setiap pemain memerlukan cabaran baru dan projek baru. 
"Mungkin ini adalah masa yang baik untuk [Chelsea] dan Eden [untuk berpecah]. Saya akan sangat terkejut jika Chelsea tidak mempunyai sebarang tawaran yang besar untuknya sekarang.
Martinez mendedahkan bahawa dia telah 'dikejutkan' oleh Hazard hasil kerjasama mereka berdua di pasukan Belgium.
"Eden adalah seorang pemain yang tidak akan anda kenal sehingga anda bekerja dengannya," tambah Martinez.
"Saya sangat terkejut. Beliau mempunyai kematangan dan kemahiran kepimpinan yang sedemikian. 
"Eden adalah salah satu dari beberapa pemain yang ada di seluruh dunia di mana cara permainannya didasarkan pada bakat satu demi satu."