PSG Berminat, N'Golo Kante Serahkan Kepada Chelsea Tentukan Masa Depannya!




N'Golo Kante memberitahu pihak atasan Chelsea bahawa dia tidak akan memaksa untuk perpindahan keluar dari Stamford Bridge pada musim panas ini dan akan membenarkan kelab tersebut untuk menentukan masa depannya, menurut laporan di Perancis. 
Pemain berusia 27 tahun itu telah mengukuhkan reputasinya sebagai salah satu pemain tengah pertahanan terbaik di dunia selepas persembahannya yang mengagumkan di bahagian tengah pasukan Perancis dalam pertandingan Piala Dunia.
Kante, yang telah ditandatangani dari Leicester City dengan harga £ 32 juta dua tahun yang lalu, kini dikehendaki oleh Paris Saint-Germain dan pasukan juara liga Perancis itu menjadikan dia sebagai sasaran utama mereka untuk musim panas ini. 
Tetapi menurut Le10 Sport, pemain antarabangsa Perancis itu tidak mahu menentang Chelsea dan akan membenarkan kelab tersebut untuk memutuskan sama ada untuk menerima tawaran daripada PSG ataupun tidak.
Sementara itu, Chelsea bersedia untuk menolak semua tawaran dari PSG dan sedang berusaha untuk menawarkan kontrak baru buat Kante dan perbincangan akan segera dilakukan.
Minggu lalu, laporan mendakwa bahawa Chelsea sanggup menawarkan pemain tengah itu kontrak bernilai £ 200,000 seminggu, yang menjadikannya pemain yang menerima gaji tertinggi di dalam kelab. 
Kante masih mempunyai baki tiga tahun lagi dalam kontrak semasa dengan Chelsea.