Daniel Sturridge: 'Keita Dan Fabinho Satu Penambahan Yang Sangat Baik Buat The Reds'




Daniel Sturridge telahpun berkongsi mengenai gandingannya bersama Naby Keita ketika dia memuji pemain-pemain yang ditandatangani pada musim panas ini oleh Liverpool.
Keita menjadi pemain kedua termahal dalam sejarah The Reds selepas dia melengkap perpindahannya dari RB Leipzig awal bulan ini.
Pemain antarabangsa Guinea itu menyertai Fabinho, yang ditandatangani dengan nilai £ 39.3 juta dari Monaco, ketika Jurgen Klopp menambah kualiti pilihan pemainnnya di bahagian tengah.
Sturridge mengharapkan peluangnya untuk kembali bersinar dalam aksi pramusim ini selepas  dia menghabiskan separuh musim lalu bermain secara pinjaman di West Bromwich Albion.
Dan dia tidak membuang masa untuk mengalu-alukan ketibaan pemain-pemain baru di kelab tersebut.
"Saya duduk bersebelahan dengan Keita di bilik persalinan jadi kami berkongsi banyak jenaka bersama," kata Sturridge kepada liverpoolfc.com.
"Fabinho juga seorang lelaki yang sangat baik. Kedua-duanya menyesuaikan diri dengan sangat baik dan satu penambahan yang sangat bagus dalam pasukan.
"Kami mengambil (pra-musim) sebagai satu langkah pada satu masa untuk membina asas yang baik untuk musim depan.
"Kami tidak sabar menanti-nantikan satu musim yang berjaya dan semua orang teruja tentangnya, termasuk saya sendiri."