Allison Becker Lebih Memilih Liverpool Berbanding Chelsea Selepas Tawaran £ 62 Juta Di Buat Kepada Roma!




Penjaga gol AS Roma Alisson telah memilih Liverpool sebagai destinasi pilihannya berbanding Chelsea, menurut laporan. 
Liverpool telah membuat tawaran sebanyak £ 62 juta kepada Roma untuk pemain antarabangsa Brazil itu dengan kelab tersebut meningkatkan usaha mereka untuk mencari penjaga gol utama menjelang musim baru ini.
Tawaran £ 62m adalah sedikit kurang berbanding harga permintaan sebanyak £ 66.6m dari AS Roma tetapi kedua-dua pihak berharap persetujuan itu dapat dicapai. 
Chelsea juga mensasarkan Alisson sebagai pengganti yang sesuai untuk Thibaut Courtois, yang dikehendaki oleh Real Madrid. 
Tetapi menurut The Times, pemain berusia 25 tahun itu memberi petunjuk bahawa dia lebih memilih untuk menyertai Liverpool dan bukannya Chelsea.
Jurgen Klopp telah menegaskan bahawa dia bersedia untuk kekal menggunakan Loris Karius menjelang musim baru. 
Tetapi pemain berusia 25 tahun itu menunjukkan lebih banyak tanda-tanda kesilapan buruk ketika aksi pemanasan badan dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Chester awal bulan ini ketika dia melepaskan percubaan yang mudah.
Karius juga melakukan kesilapan dalam perlawanan pra-musim berikutnya menentang Tranmere Rovers ketika dia tidak dapat menangkap dengan kemas hasil sepakan percuma yang akhirnya menghasilkan gol buat pasukan lawan.
Selepas kekalahan Liverpool kepada Real Madrid dalam aksi akhir Liga Juara-Juara, terdapat laporang mengatakan bahawa Karius telah mengalami gegar otak selepas dikasari oleh Sergio Ramos. 
Hasilnya pemain Jerman itu melakukan dua kesilapan mudah memberikan Real Madrid memenangi kejuaraan ketiga berturut-turut dengan kemenangan 3-1. 
Sementara itu, Simon Mignolet dijangka akan meninggalkan Anfield pada musim panas ini setelah dia kehilangan tempatnya kepada Karius pada musim lalu.