Willian Tampil Beri Amaran Bahawa Chelsea Akan Tampil Berbeza Ketika Menentang United Di Old Trafford...




Willian telah memberi amaran kepada Manchester United bahawa Chelsea akan tampil sebagai satu pasukan yang berbeza ketika mereka melakukan perjalanan ke Old Trafford untuk pertembungan menentang The Reds Devil pada hujung minggu ini. 
Chelsea bermain dengan corak permaian secara bertahan ketika menentang Barcelona pada malam Selasa, dan melakukannya kecemerlangan sebelum kesilapan akhir oleh Andreas Christensen menghadiahkan gol penyamaan untuk pasukan gergasi Sepanyol itu.
Barcelona menunjukkan lebih 70 peratus penguasaan bola di Stamford Bridge dalam keputusan seri 1-1 dan Chelsea mempunyai satu lagi perlawanan besar menentang United pada Ahad ini.
Dan Willian, penjaring gol tunggal Chelsea menentang Barcelona, menegaskan bahawa pasukannya tidak sabar menunggu peluang mereka untuk melawan pasukan bimbingan Jose Mourinho. 
"Kami mempunyai keyakinan. Kami boleh pergi ke sana dan melakukan tugas dengan baik sekali lagi apabila menentang Manchester United, " kata Willian kepada Sky Sports selepas perlawanan menentang Barcelona. 
"Saya fikir ia akan menjadi satu perlawanan yang berbeza daripada perlawanan di sini [ketika melawan Barcelona], tetapi saya fikir kita boleh pergi ke sana dan memenangi perlawanan tersebut.
"Kami akan pergi [ke Barcelona] dalam masa tiga minggu lagi dan kami mempunyai perlawanan yang sukar juga dalam Liga Perdana. 
"Sekarang kita perlu memikirkan tentang perlawanan yang akan datang dan selepas itu kita perlu berfikir tentang Barcelona." 
Chelsea yang kini berada di tangga keempat liga mampu menyamakan kutipan mata dengan The Reds Devil di tangga kedua sekiranya mampu menewaskan Manchester United di Old Trafford dan Antonio Conte akan memastikan pasukannya untuk mengekalkan prestasi terbaik mereka selepas melalui beberapa minggu yang sukar.
Conte menyenaraikan Olivier Giroud dan Alvaro Morata di bangku simpanan ketika menentang Barcelona di mana pengurus Itali itu lebih memilih menggunakan Eden Hazard di posisi NO.9, tetapi salah satu daripada penyerang tersebut akan kembali berada di kesebelasan utama pada perlawanan hari Ahad ini. 
United akan tampil dengan misi balas dendam terhadap Chelsea selepas tewas pada perlawanan pertama 1-0 di Stamford Bridge pada bulan November lalu. 
Chelsea mempunyai rekod yang cemerlang baru-baru ini menghadapi The Red Devils, yang tewas hanya sekali dalam 14 pertemuan terakhir di antara kedua pasukan itu.