Thierry Henry Menasihati Rashford Perlu Tinggalkan United Untuk Terus Bermain...




Thierry Henry menasihati Marcus Rashford untuk mempertimbangkan untuk meninggalkan Manchester United. 
Pemain muda England itu menghadapi kempen yang sukar di Old Trafford musim ini dan ketibaan Alexis Sanchez semasa jendela perpindahan Januari tambah memburukkan keadaan buat pemain tersebut.
Walaupun Rashford sering menjadi pemain di kesebelasan utama pada musim ini - membuat 25 penampilan di Liga Perdana - dia menjaringkan hanya empat gol. Jose Mourinho kerap menukar pemain muda ini di pelbagai posisi bahagian hadapan United. 
Ketibaan Sanchez dari Arsenal kini kelihatan mungkin akan menghadkan peluang bermain dalam kesebelasan utama buat Rashford dan pada peringkat ini dalam perkembangan usia pemain lingkungan 20 tahun, itu adalah satu kebimbangan, kata Henry.
Atas sebab itu, Rashford mungkin perlu mempertimbangkan langkah seterusnya di tempat lain, menurut legenda Arsenal itu. 
"Salah satu perkara paling penting bagi saya ialah anda harus terus bermain," kata Henry kepada Sky Sports. 
"Anda tidak boleh berada di bangku simpanan dan terlepas peluang bermain, terlepas pembelajaran tentang permainan dan menghentikan momentum anda, dan contohnya ialah Rashford.
"Michael Owen mempunyai peluang untuk memperbaiki apa yang dilakukannya pada tahun-tahun sebelumnya kerana dia bermain, dan bermain, dan bermain, dan terus bermain-dan saya boleh memberikan anda lebih banyak contoh lain lagi. 
"Tetapi Rashford sukar untuk mengenalpasti dan memperbaiki apa yang telah dilakukannya dari tahun sebelum ini[selepas penampilan sulungnya], kerana kadang-kadang dia bermain di sebelah kanan, [kadang-kadang] di sebelah kiri."
Henry menambah: "Berpindah adalah perkara terbaik. Jelas sekali berada di sana, dia mahu bermain untuk United. Tetapi dia perlu terus bermain dan ia menjadi lebih sukar buatnya sejak ketibaan Sanchez. 
"Saya fikir pada penghujung musim ini, akan timbul dalam fikirannya "adakah saya patut kekal?"
Rashford sekali lagi terlepas dalam perlawanan menentang Newcastle yang menyaksikan United tewas mengejut yang menjadikan Liverpool semakin rapat mengekori mereka dengan kini hanya berbeza dengan hanya 2 mata.