Simpanan Untuk Tempoh 17 Minit, Ini Jawapan Mourinho Mengapa Dia Memilih McTominay Berbanding Paul Pogba....




Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba hanya menghabiskan masa 17 minit sebelum dimasukkan ketika menentang Sevilla pada malam Rabu lalu selepas Ander Herrera mengalami kecederaan. 
Pemain Sepanyol itu bermula, bersama dengan pemain muda, Scott McTominay, yang dipilih di bahagian tengah berbanding Pogba walaupun Jose Mourinho beralih kepada formasi kegemaran pemain Perancis itu iaitu 4-3-3.
Jurulatih Portugal itu mendakwa bahawa Pogba tidak 100% untuk perlawanan itu, setelah mengalami sakit, walaupun dia terpaksa memanggilnya hanya beberapa minit selepas perlawanan bermula akibat kecederaan Herrera.
Pemain Sepanyol itu kelihatan mengalami hamstring di kaki kirinya ketika mengejar bola, dan dengan segera melambaikan tangan ke bangku simpanan yang menunjukkan bahawa dia tidak dapat meneruskan permainan dan kemudia membuka kasutnya. 
Dan dengan itu Mourinho beralih kepada Pogba jauh lebih awal daripada yang dia jangkakan, memberikannya sekitar 75 minit untuk membuktikan kepada pengurusnya bahawa dia patut bermula di kesebelasa utama.
Bercakap tentang keputusan untuk meninggalkan Pogba di bangku simpanan sebelum perlawanan, Mourinho memberitahu BT Sport: " ia adalah kerana [Scott] McTominay bekerja keras setiap hari, merasa baik, merasa kuat, dan bermain di perlawanan terakhir selama 90 minit, Paul ... Sabtu lalu dia tidak dapat bermain. 
"Kami percaya dalam perlawanan sepeti ini, ia tentu saja, memerlukan kualiti, tetapi adalah sejenis permainan di mana saya rasa saya perlu pemain yangberada dalam keadaan 100%.
"Tidak, saya tidak mahu mengatakan begitu banyak tentang taktikal, kita akan bermain dengan tiga pemain tengah. '
"Paul dapat bermain dengan sempurna dalam salah satu peranan di mana Herrera dan McTominay akan bermain tetapi Paul menghasilkan keraguan dengan tidak bermain Sabtu lalu, dengan tidak bermain dengan keputusannya sendiri, dia tidak merasa baik, dan itu menghasilkan keraguan."
Manchester United akan melalui perlawanan besar juga pada hari ahad ini apabila pasukan bimbingan Mourinho akan menentang Chelsea di Old Trafford dengan misi balas dendam selepas pertemuan pertama menyaksikan United tewas 1-0 hasil jaringan Morata.
Kemenangan adalah penting bagi mengekalkan kedudukan di tempat kedua liga dan sekiranya tewas maka kutipan mata akan semakin rapat dalam usaha merebut tempat empat teratas liga.