Pihak Chelsea Menegaskan Batshuayi Bukan Untuk Dijual!




Penyerang Chelsea Michy Batshuayi masih mempunyai masa depan di Stamford Bridge selepas pihak pengurusan Chelsea menolak membidas Antonio Conte dengan menolak untuk menjual bintang Belgium itu. 
Pemain berusia 24 tahun itu meninggalkan The Blues pada hari terakhir jendela perpindahan pada bulan Januari yang lalu untuk menyertai Dortmund secara pinjaman untuk baki musim ini.
Penyerang Arsenal Olivier Giroud di bawa masuk sebagai pengganti Batshuayi dan ternyata pemain Belgium itu telah memulakan kehidupan di Jerman dengan bergaya selepas berjaya menjaringkan ima gol dalam empat penampilan pertamanya untuk Borussia Dortmund. 
Conte tidak terlalu gemar menggunakan Batshuayi sebagai penyerang malah lebih memilih untuk menggunakan Eden Hazard di posisi ganjil sebagai penyerang tengah apabila Alvaro Morata cedera.
Pengurus berbangsa Itali itu tidak melihat ada masa depan jangka panjang untuk pemain Belgium tersebut di Stamford Bridge dan mahu kelab itu untuk menjualnya ke Dortmund kekal. 
Walau bagaimanapun, Pihak pengurusan Chelsea menafikan keputusan Conte itu dan memutuskan untuk mengekalkan perjanjian secara pinjaman - membuka kemungkinan bahawa Batshuayi boleh kembali pada musim panas ini, menurut Mirror.
Keputusan itu membawa kepada persoalan mengenai masa depan Conte di Chelsea walaupun mungkin mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan untuk memecat pengurus tersebut.
Chelsea akan menjadi tuan rumah menentang Barcelona pada perlawanan pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara pada malam Selasa.  
Pasukan gergasi La Liga itu adalah pasukan kegemaran untuk mara ke peringkat suku akhir tetapi bintang mereka Lionel Messi telah gagal untuk menjaringkan sebarang gol dalam lapan pertemuan menentang The Blues dan kali terakhir mereka bertemu menyaksikan Chelsea telah berjaya melepasi mereka dan menjadi juara Liga Juara-juara pada tahun 2012.