Ini Reaksi Firmino Tentang Pertembungan Menentang Porto, Perebutan Kasut Emas Liga Juara-juara, Dan Komennya Tentang Coutinho...




Penyerang The 'Reds' kelahiran Brazil itu adalah antara pencabar utama untuk penjaring gol terbanyak Liga Juara-Juara musim ini.
Roberto Firmino telah mengakui bahawa Liverpool akan membuat Porto "menderita" di Estadio do Dragao pada malam Rabu ini dalam aksi pusingan 16 bagi saingan Liga Juara-juara musim ini.
Pemain antarabangsa Brazil itu, yang berjaya meraih gol ke-20nya musim ini pada perlawanan hujung minggu lalu di Southampton, berasa gembira dan tidak sabar untuk menghadapi pasukan yang menjadi pendahulu di Liga Primeria Portugis itu.
Firmino telah membentuk satu persefahaman yang menarik dengan Mohamed Salah, yang kini hanya memerlukan satu gol untuk menjadi pemain Liverpool ke-13 dalam sejarah untuk menjaringkan 30 gol dalam satu musim.
"Saya tidak tahu sama ada mereka berasa takut atau tidak, tetapi kami akan membuat hidup mereka sukar, kami akan membuat mereka menderita," kata Firmino.
"Saya akan melakukan apa yang saya dapat untuk membantu Mo menjaringkan gol dan membantu semua pasukan. Saya juga mahu membantu diri saya untuk membuat musim yang baik.
"Porto adalah pasukan yang sangat baik dengan tradisi di Liga Juara-Juara. Ia akan menjadi satu permainan yang sukar dan kita perlu bermain dengan terbaik, saya tahu ia akan menjadi permainan yang sangat kuat dan taktikal."
Hanya pemain Real Madrid Cristiano Ronaldo yang mempunyai rekod lebih baik daripada Firmino dengan enam gol dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
Dengan Salah turut menjaringkan lima gol, gandingan duo Edinson Cavani dan Neymar adalah satu-satunya penyerang yang lebih produktif dalam pertandingan ini.
"Sudah tentu saya mahu berada di tahap mereka tetapi saya hanya mahu menumpukan kepada bermain permainan yang baik," tambah Firmino.
"Jika saya bermain permainan yang baik maka gol akan muncul, saya cuba memberi semaksimumnya untuk pasukan dan cuba berada bersama pemain-pemain hebat di Eropah."
Roberto Firmino juga terus dijadikan sandaran untuk mengisi ruang yang ditinggalkan oleh rakan baiknya, Philippe Coutinho, yang menyertai Barcelona dalam perjanjian bernilai £ 142juta pada bulan lalu.
Dia berkata: "Coutinho adalah seorang pemain yang hebat dan sudah tentu apabila dia pergi ia akan meninggalkan tanggungjawab yang lebih besar kepada orang lain untuk melakukannya tanpa dia.
"Tetapi ia adalah tugas kami untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar itu dan saya fikir kami telah melakukannya dengan baik setakat ini."