De Gea Bimbang Impian Bermain Di Madrid Tidak Kesampaian Selepas Pengakuan Courtois Yang Turut Jadi Sasaran Los Blancos...




DAVID DE GEA bimbang Real Madrid berpaling kepada perpindahan untuk mendapatkan penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois.
Mencari penjaga gol baru adalah sasaran utama buat presiden Real Madrid Florentino Perez di jendela perpindahan musim panas nanti selepas memutuskan untuk menjual Keylor Navas di penghujung musim ini.
David De Gea hampir menyertai Los Blancos pada tahun 2015 tetapi disebabkan beberapa perkara perpindahan itu tidak dapat disempurnakan.
Dia kemudian menandatangani kontrak baru selama empat tahun bersama United selepas perpindahan itu gagal tetapi De Gea masih kekal dalam radar untuk di bawa ke Sepanyol.
Penjaga gol Chelsea adalah salah satu alternatif lain selain bintang Sepanyol itu.
Dan menurut Don Balon, Perez beranggapan bahawa rundingan adalah lebih mudah bersama Chelsea berbanding Manchester United.
Pasukan Real Madrid sangat optimistik untuk mendapatkan Courtois selepas pemain itu sendiri mendedahkan tentang perpindahan keluar dari Stamford Bridge.
Pemain kebangsaan Belgium itu, yang sebelum ini pernah bermain secara pinjaman selama 3 tahun di Athletico Madrid berkata: "Situasi peribadi saya berhubung kait dengan bandar di Madrid."
"Dua orang anak saya tinggal di sana dengan ibu mereka.Saya melihat anak perempuan saya setiap hari di Facetime. Dia sering memberitahu saya bahawa dia rindukan saya. Anak lelaki saya masih terlalu kecil untuk berkomunikasi dengan saya.
"Apabila sahaja saya mendapat peluang, saya mahu kembali ke Sepanyol. Dalam situasi ini, ia tidak mudah. Ya, jiwa saya ada di Madrid. Ianya logik dan difahami.
"Jika mereka mahukan saya, mereka perlu berhubung dengan Chelsea. Kita akan lihat. Tapi mereka tidak lakukan itu. Apa yang pasti satu hari nanti saya akan kembali ke Madrid. Saya suka Sepanyol. Saya sukakan bandarnya. Saya pernah menghabiskan tiga tahun yang indah di sana. Ianya di sana tempat saya menjadi semakin matang."
Dia menambah: "Jika Real benar-benar berminat, situasi peribadi saya ini mungkin akan mempengaruhi. Perihal keluarga adalah sangat berharga. Tapi saya ulangi untuk saat ini, saya sibuk berunding dengan pihak Chelsea untuk pembaharuan kontrak."
Menurut Don Balon lagi, Real Madrid kini kerap menghubungi Courtois mengenai perpindahan tersebut. 
Perpindahan Courtois akan menghancurkan harapan De Gea untuk bermain di kelab tersebut.
Dan Don Balon juga melaporkan bahawa bintang Sepanyol itu bimbang yang dia akan dikhianati oleh Perez apabila jendela perpindahan terbuka nanti.