Ben Woodburn Watak Penting Liverpool U19 Menewaskan United Untuk Melangkah Ke Suku Akhir UEFA Youth League!




Liverpool menempah tempat di pusingan suku akhir UEFA Youth League dengan kemenangan 2-0 ke atas musuh tradisi mereka Manchester United di Prenton Park.
Kapten Ben Woodburn membuka jaringan di minit ke-11 sebelum membantu Rafael Camacho untuk gol kedua yang menakjubkan di minit ke-78 ketika pasukan Steven Gerrard mara dengan menyingkirkan musuh mereka.
Percubaan Tahith Chong terkena palang dan Joshua Bohui melepaskan peluang keemasan di separuh masa pertama tetapi Manchester United, yang dikendalikan oleh Nicky Butt, tidak dapat mencari jalan keluar ketika mereka tersingkir dari kejohanan itu pada peringkat 16 terbaik atau kalah mati.
Dengan keputusan itu bermaksud Liverpool telah menentang Manchester City di peringkat suku akhir UEFA Youth League yang bakal berlangsung sama ada pada 13 atau 14 Mac.
Ia mengambil masa selama 10 minit untuk Liverpool mendahului pasukan lawan apabila Woodburn melompat tinggi di atas pertahanan United untuk membuat tandukan tajam melepasi penjaga gawang Alex Fojticek di penjuru tiang gol.
United bergelut dan sedikit malang untuk tidak dapat menyamakan kedudukan di minit ke-39 apabila Chong menggegarkan gawang Liverpool dengan rembatan kencang.
Dua minit kemudian Bohui juga hampir menjaringkan gol buat United, melangkah masuk ke kawasan gol sebelum membuat percubaan yang hanya seinci melebihi sasaran dari jarak 8 meter.
Berjaya menghalang United dari menyamakan kedudukan, Liverpool juga hampir melipatgandakan gol mereka sebelum rehat separuh masa, tetapi percubaan Elijah Dixon-Bonner terkena palang gol.
Perlawanan ini berlangsung dengan sangat hebat dan menghiburkan dimana kedua-dua pihak terus berbalas serangan di babak kedua perlawanan.
Fojticek bertindak cemerlang untuk menyelamatkan percubaan Curtis Jones dari menambah gol buat Liverpool di minit ke-64, tetapi bahagian pertahanannya tidak lama kemudian kembali di serang untuk kali kedua dengan gerakan yang menarik.
Tujuh minit selepas dimasukkan oleh Gerrard, pemain gantian Camacho menyambut baik hantaran Woodburn di sebelah kanan, masuk ke dalam melepasi pertahanan dan melepaskan satu percubaan 'loop' ke sudut tiang gol untuk memastikan Liverpool menempatkan diri di pusingan seterusnya.